saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 13/06/1998

Demam Piala Dunia rasuk Liga Perdana

BIARPUN seluruh pelusuk bumi diserang ''demam'' Piala Dunia 1998, aksi tempatan masih dicuri tonton sebilangan ''kaki bola'' yang tetap memberikan sokongan setia kepada pasukan pilihan dalam Liga Perdana Satu, malam ini.

Kehebatan Perancis 98 pastinya dicontohi, tonggak handalan atau pemain bergelar bintang seperti Ronaldo pula sudah tent menjadi ''idola,'' bukan sahaja kalangan peminat bola sepak tetapi juga pemain pasukan negeri.

Di Stadium Darulaman, dua tonggak dari Brazil, Andre Luis Do Nascimento dan Carlos Roberio sudah tentu mendapat ilham untuk memastikan pasukan diwakili, Kedah memperolehi tiga mata apabila bertemu Perlis.

Kemenangan penting buat Kedah jika mahu mengekalkan tempat kedua yang diperolehi berdasarekan kelebihan jaringan selepas berkongsi 21 mata dengan Pulau Pinang, pasukan tangga ketiga.

Bagaimanapun, bukannya mudah untuk menumbangkan Singa Utara yang sejak kebelakangan ini semakin digeruni kerana mendapat khidmat Kiatisuk Senamuang, pemain berkualiti dari Thailand.

Perak yang tersepit di sebalik ''kontroversi'' hebat antara penyokong dengan pengurus pasukan Datuk Raja Ahmad Zainuddin dan jurulatih Karl Heinz Weigang idamkan kemenangan ke atas skuad Olimpik 2000 bagi meredakan ketegangan.

Gelanggang sendiri seharusnya memihak kepada Perak tetapi kemerosotan aksi pemenang kasut emas 1997, Laszlo Repasi dalam beberapa perlawanan agak melegakan skuad Olimpik 2000.

Sementara, pendahulu Liga Perdana satu, Pahang (29 mata) mempunyai kelebihan untuk mencapai kemenangan ke atas skuad ''kenyalang'' sekalipun beraksi di gelanggang lawan kerana Sarawak kehilangan ramai tonggak disebabkan masalah kecederaan.

Negeri Sembilan menghadapi tugas berat menentang Kuala Lumpur, pasukan ''cencaru makan petang'' yang dalam beberapa perlawanan bangkit mencipta kemenangan berterusan termasuk menewaskan Kedah 3-2.

Begitu juga Pulau Pinang yang kehilangan Fabio Da Silva akibat kecederaan serius, memaksa lain-lain pemain bekerja keras untuk menyekat kemaraan Sabah.

Selangor juga tidak senang duduk kerana lawan dihadapi adalah Brunei yang kental untuk ditentang di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Oleh: ZAINU'L AZHAR ASH'ARI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.