saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 16/06/1998

Lelaki mara wanita tersekat

PASUKAN lelaki negara mara ke pusingan ketiga manakala pemain wanita kecundang di awal pusingan kedua setelah tewas kepada Korea Selatan di Kejohanan Badminton Remaja Asia yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur, semalam.

Pertandingan yang merupakan kejohanan pra-Komanwel, bertujuan untuk menguji kemudahan dan tenaga teknikal yang akan bertugas pada Sukan Komanwel September ini menyaksikan Malaysia dan Macau mendapat bye pada pusingan pertama.

Namun kemenangan 5-0 yang dimulakan dengan keputusan Yeoh Kay Bin menewaskan Cheong Chin Fung 15-2, 15-2 untuk mata pertama negara masih belum menguji kemampuan sebenar pemain negara.

Pasukan Macau nyata tidak setanding dengan pemain negara dan gandingan Chan Chong Ming-Teo Kok Seng dengan mudah menewaskan Cheong Chin Fung-Fong Hoi Song 15-1, 15-2 untuk mata kedua negara.

U Hong Kit yang diturun sebagai perseorangan kedua Macau cuba memberi saingan namun Ong Huck Lee berjaya mengutip mata kemenangan negara setelah menang 15-3, 15-5.

Mata keempat negara disumbangkan oleh Alvin Chew yang menewaskan O Man Seng 15-2, 15-1 sebelum Tan Wei Ming-Charles Khoo mengakhiri cabaran negara dengan mata kelima setelah menewaskan U Hong Kit-O Man Seng 15-1, 15-2.

Kemampuan pemain lelaki negara dijangka diuji pada pertemuan dengan Thailand hari ini yang mara ke pusingan ketiga setelah menewaskan Myanmar 5-0.

Sementara itu, kekalahan 4-1 kepada Korea Selatan pada pusingan kedua mengakhiri cabaran pemain wanita negara dalam acara berpasukan kejohanan itu.

Namun mereka berjaya melakukan kejutan pada pusingan pertama dengan menewaskan Thailand 3-2.

Pada perlawanan itu, Ng Mee Fun menyumbang mata pertama apabila dengan mudah menewaskan Busaba Jetanawikhanoak 11-1, 11-3.

Malaysia mengutip mata kedua melalui gandingan Joanne Quay Swee Ling-ang Le Ping yang terpaksa bertarung hingga ke set penentuan sebelum menang 15-10, 11-15, 15-9.

Usaha pasukan negara untuk mengutip mata kemenangan bagaimanapun tersekat apabila Woo Pui Kuan tewas 11-1, 2-11, 7-11 kepada Satinee Jankrajangwong.

Wong Mie Khang mengakhiri debaran pasukannya apabila mendapat mata kemenangan dengan menewaskan Nacharin Teekhatrakul 11-7, 11-1 sebelum beregu Thailand, Satinee-Orathai Lapluangtong mengutip mata kedua negaranya setelah menewaskan Fong Chew Yen-Chong Ng Fan 12-15, 15-6, 15-7.

Pasukan perempuan negara bagaimanpun gagal mengulangi kecemerlangan di pusingan pertama pada pertemuan dengan Korea Selatan pada pusingan kedua.

Mee Fun yang diharap mengutip mata pertama negara tunduk kepada kecemerlangan Lee Hyo Jun 11-5, 11-6, diikuti Chew Yen-Ng Fan yang turut tunduk kepada Lee Ji Sun-Hwang Yu Mi 15-10, 15-8.

Wong Miew Kheng mengakhiri usaha untuk mencatat kemenangan apabila tewas kepada Jun Jae Youn 11-6, 11-2 untuk mata kemenangan Korea Selatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.