saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/06/1998

Kelantan cari seorang lagi pemain import

KELANTAN masih memerlukan seorang lagi pemain import untuk memantapkan barisan tengah bagi menghadapi pusingan kedua Liga Perdana Dua.

Jurulatihnya, Kamaruddin Mohd. Noor berkata, walaupun Kelantan memiliki dua pemain import, Adamu Moro Tigana dan Luis Pablo Puzzuto, kehadiran seorang lagi pemain import amat diperlukan.

Terpulanglah kepada pihak pengurusan mempertimbangkan permohonan ini, katanya.

''Sekiranya pihak pengurusan tidak membenarkan pengambilan pemain import, pemain tempatan yang ada sekarang perlu memperbaiki kelemahan mereka jika mahu Kelantan berjaya ke Piala Malaysia,'' katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, semalam.

Katanya, kehilangan bekas pemain import, Mario Gomez yang digugurkan kerana cedera, amat dirasai kerana bekas pemain Kelantan itu mempunyai kepakaran mengatur permainan dengan baik. - Bernama.

Johor FC hilang penyerang

JOHOR FC kehilangan seorang lagi penyerang, Kris Trajanovski yang terpaksa pulang ke negara asalnya, Australia setelah tempoh 'pinjamannya' selama enam bulan tamat.

Trajanovski telah dipinjamkan kepada Johor FC oleh Kelab Bandaraya Adelaide, Australia setelah penyerang, Haider Majeed dari Iraq balik ke negaranya bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, pemergian Haider itu telah menyebabkan Johor FC kehilangan terus pemain lincah tersebut yang gagal melaporkan diri pada hujung bulan lalu.

Johor FC yang kini menduduki tangga kelima dengan mengutip lapan mata dariapada tujuh perlawanan akan menghadapi masalah terutama di bahagian serangan.

Jurulatihnya, Ronald Smith yang dihubungi semalam mengakui Johor FC terpaksa bekerja lebih keras dengan ketiadaan pemain-pemain itu.

beliau meramalkan perlawanan pembukaan pusingan kedua, Liga Malaysia Perdana Dua antara Johor FC dengan Kelantan di Stadium Larkin, malam esok dijangka sengit.

Pemain Terengganu sudah bersedia

PEMAIN bola sepak Terengganu kini berada dalam keadaan memuaskan dan bersiap sedia untuk mengharungi cabaran Liga Perdana Dua setelah berehat hampir sebulan berikutan kemangkatan Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, pada 14 Mei lepas.

Setiasuaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata, kesempatan itu dipergunakan oleh jurulatih Abdul Rahman Ibrahim untuk mempertingkatkan lagi prestasi pemain.

''Peminat tidak perlu bimbang kerana prestasi pemain berada pada tahap baik, sekalipun sudah lama tidak turun ke padang,'' katanya. Terengganu akan turun menentang Angkatan Tentera pada perlawanan di gelanggang lawan, Jumaat ini.

Abdullah berkata, kesempatan berehat panjang itu juga memberi banyak manfaat kepada pemain import, Seidu Issifu mengubati kecederaan yang dialami. Issifu patah dua tulang dada semasa Terengganu menentang Johor di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Johor Bharu, 1 Mei lepas. - Bernama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.