saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/06/1998

Siti Nurhaliza menyingkap di sebalik falsafah adiwarna


SITI NURHALIZA mendampingi keindahan.


Tetapi perkataan ini jarang digunakan apabila banyak orang menggemari perkataan yang bombastik, moden dan diangkat dari bahasa Inggeris.

Penyanyi remaja, Siti Nurhaliza, cuba mengangkat perkataan ini dan membawa khalayak menelaah makna dan falsafah di sebalik adiwarna ini.

Keinginan ini diperlihatkan oleh Siti Nurhaliza di dalam album terbarunya yang dijangka akan berada di pasaran 29 Jun ini.

Siti yang memilih adiwarna sebagai judul album solo keempatnya menjelaskan, istilah tersebut cukup untuk menggambarkan segala kecantikan dan keindahan dalam bidang seni suara yang mahu ditampilkan.

Selain itu, Adiwarna bagi penyanyi berusia 19 ini adalah juga kepelbagaian kesenian dalam sesebuah album sepertimana yang cuba ditampilkan kali ini.

''Jangan tersilap. Ini bukan album asli tetapi album pop biasa. Cuma judulnya sahaja yang agak klasik dan kemelayuan,'' jelas Siti yang tidak sabar menantikan reaksi peminat terhadap album itu.

Menurut Siti, dengan pemilihan istilah berunsur kemelayuan sebagai judul album, dia berpeluang untuk kembali mempopularkan banyak perkataan lama yang semakin dilupakan.

''Saya bukan sasterawan dan tidak memilih istilah ini sebagai gimik. Sebaliknya ini yang saya mahu tampilkan. Tidak juga untuk memikat pendengar dengan menggunakan istilah yang unik,'' ujar Siti Nurhaliza.

''Dengan memilih perkataan ini sebagai tajuk album, sekurang-kurangnya dapat mempopularkan kembali istilah-istilah lama yang sudah tidak lagi dipakaiguna dalam pertuturan harian,'' jelas Siti Nurhaliza yang sebelum ini berjaya dengan album tradisionalnya, Cindai.

Sesuai dengan judulnya, album ini turut diwarnakan dengan lagu-lagu ciptaan beberapa komposer ternama tempatan.

Sekiranya sebelum ini Siti lebih banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan Ly dan Adnan Abu Hassan, untuk album ini beberapa komposer lain seperti Azmeer, Johari Teh, Salman dan Azlan turut menyumbangkan lagu.

Bahkan secara peribadi Siti menjelaskan, dia menghargai komposer yang baru pertama kali terlibat di dalam albumnya ini.

Lebih menggembirakannya lagi apabila berpeluang menyampaikan luahan hati melalui sebuah lirik berjudul Laguku Di Hatimu.

''Lirik ini saya cipta secara spontan. Ia adalah luahan hati dan perasaan saya kepada peminat yang selama ini banyak membantu menaikkan nama saya dalam arena seni suara,'' katanya.

Antara lagu yang terdapat di dalam album ini ialah Purnama Merindu (Azmeer), Demi Kasih Sayang, Sendiri (Ly), Gelora Asmara (Adnan), Tak Boleh Lupa (Johari Teh), Satu Jiwa Dua Hati (Azlan) dan Laguku Di Hatimu (Salman).

''Sebenarnya saya tidak sabar hendak melihat sambutan peminat terhadap album ini. Walaupun album terdahulu mendapat sambutan yang membanggakan, saya tidak mahu terlalu yakin.

''Album pop terakhir saya pada Januari 97. Sudah hampir satu setengah tahun saya tidak mengeluarkan album pop. Jadi saya berharap album kali ini turut mendapat sambutan,'' katanya.

Siti Nurhaliza juga melahirkan rasa besar hati apabila terpilih ke Festival Ratu Pop Asia yang akan diadakan di Jepun pada 22 hingga 26 Oktober depan.

Dalam festival gilang-gemilang yang akan disertai oleh beberapa penyanyi wanita dari seluruh Asia ini, Siti Nurhaliza akan mempersembahkan empat buah lagu pop secara langsung.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.