saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/06/1998

Rozita Izlyn sudah berubah selera


ASLI...kita terpaksa mengikut selera peminat.


Fenomena ini sudah menjadi satu budaya di kalangan syarikat rakaman dan artis tanah air kerana masing-masing sebenarnya kurang percaya dengan kemampuan diri sendiri.

Cuma apabila ada perintisnya maka masing-masing akan berlumba-lumba menunjukkan taring masing-masing.

Perkara ini turut berkait rapat dengan penyanyi Rozita Izlyn yang turut menjadi 'mangsa keadaan'. Jika sebelum ini dia berjaya memukau para pendengar muzik Melayu menerusi lagu-lagu bercorak pop, kini dia melangkah setapak lagi dalam usaha menyenaraikan namanya sebagai penyanyi versatil.

Mula membina nama sebagai penyanyi selepas lagu Dunia Kita Berbeza mendapat tempat di hati peminat seni tanah air, Rozita kini muncul bersama album ketiganya yang berkonsepkan Melayu asli.

Meneruskan usaha yang sudah dilakukan oleh penyanyi Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza, Rozita mengambil kesempatan untuk turut mencipta nama seperti dua rakan artis tersebut.

''Mungkin persembahan saya tidak sehebat dua penyanyi terkenal itu tetapi saya percaya kepada vokal saya. Begitu juga dengan industri muzik masa kini yang begitu menyokong dan memberi kesempatan yang sewajarnya kepada artis,'' jawabnya tegas tetapi penuh makna.

Justeru itu, apabila ditawar merakamkan album Melayu asli yang diterbitkan oleh John Goh, Rozita tidak teragak-agak kerana percaya sudah tiba masanya dia juga mengikut langkah yang serupa seperti artis-artis.

Penuntut Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan pengajian muzik ini juga memberitahu, matlamat penghasilan album ini bukanlah pula kerana meniru-niru apa yang telah dihasilkan oleh penyanyi lain.

Sebaliknya dia mengambil kesempatan ke atas pasaran muzik tanah air yang kebelakangan ini begitu menyokong album-album yang berkonsepkan sedemikian rupa.

''Pada saya itu bukan satu kesalahan kerana cara sebegini sekali gus akan menarik minat generasi muda mencintai lagu-lagu Melayu asli.

''Seperti yang kita sedia maklum generasi muda bagaikan meminggirkan khazanah Melayu dan apa salahnya jika saya bersama-sama artis lain mengambil usaha untuk memeliharanya,'' katanya sambil menafikan hanya mengikut telunjuk syarikat rakaman yang sengaja mahu mengambil kesempatan terhadap bakat seninya.

Dalam masa yang sama Rozita juga memberitahu, dia sendiri turut berbangga kerana diberi peluang merakamkan album berkonsepkan Melayu asli kerana merakamkan lagu-lagu Melayu asli menuntutnya berdepan dengan cabaran.

Katanya bukan mudah untuk mendapat feel yang baik semasa merakamkan lagu-lagu ini kerana ia memerlukan penghayatan yang berbeza.

''Jika tersilap menyanyi, penyanyi juga akan dikritik kerana lagu-lagu Melayu asli punya keistimewaan yang tersendiri berbanding lagu-lagu pop,'' jelas Rozita yang turut memanfaatkan ilmu yang ditimbanya di ITM dalam album Melayu aslinya ini.

Album Melayu asli Rozita yang diedarkan oleh syarikat rakaman NSR Record mengandungi lagu-lagu asli yang dipetik dari filem-filem lama dan juga tiga buah lagu baru.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album itu ialah Kuala Deli, Kasihnya Ibu, Sirih Pinang, Air Mata Kasih, Sayang Sarawak dan lain-lain sementara tiga lagu baru pula ialah Anggerik Desa, Joget Melayu dan Wajah Si Dia.

Oleh: SAHARUDIN MUSTHAFA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.