saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/06/1998

Hashimah Yon anak didik P. Ramlee

Antara para pelakon yang bertuah kerana mendapat bimbingan dan sokongan daripada P. Ramlee ialah pelakon yang cukup terkenal dengan kejelitaannya suatu ketika dulu iaitu Hashimah Yon.

Menurut Hashimah yang kini menetap di Jalan Tempinis, Singapura, walaupun masa sudah jauh berlalu dia masih belum dapat melupakan jasa baik P. Ramlee yang banyak memberi peluang kepadanya berlakon dan mendidiknya dalam bidang yang amat diminatinya itu.

Kini pada usia 58 tahun, Hashimah masih lagi aktif berlakon untuk banyak drama TV di Singapura.

Kata Hashimah yang ditemui di Johor Bahru, Johor baru-baru ini, dia akan terus berlakon selagi ada yang berminat untuk memilihnya dan selagi peminat belum jemu melihat lakonannya.

Pada masa ini, kata Hashimah yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Auntie Hashimah itu, dia gembira kerana tawaran untuk dia berlakon masih banyak.

''Atas sebab itu auntie rasa masih ada yang mahu melihat auntie berlakon. Sekarang auntie banyak berlakon untuk TV saja tidak lagi dalam filem,'' kata Hashimah.

Ibu kepada dua orang anak itu juga gembira kerana keluarganya memahami minatnya itu dan memberi sokongan.

Begitu juga dengan suaminya, Suaidi Jadi walaupun bukan tergolong dalam orang seni tetap memberi sokongan kepadanya.

Hashimah atau nama sebenarnya Hashimah Mohd Leon dilahirkan di Lorong Ku Aman Singapura pada 10 September 1940.

Sejak kecil lagi anak kelima daripada enam adik-beradik itu sudah lama memendam rasa untuk mendalami dunia lakonan.

Tambahan pula ibu kesayangannya, Hafsah juga merupakan orang seni.

Menurut Hashimah kehidupannya ketika kecil agak malang kerana bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi kerana penyakit kanser.

Oleh itu ibunya terpaksa terus berlakon untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Ketika masih kecil, Hashimah sering mengikut ibunya ke lokasi dan Hashimah mengakui bahawa dia banyak belajar cara-cara berlakon daripada situ.

Bakat Hashimah buat pertama kalinya diketengahkan ketika dia belajar dalam darjah tiga Sekolah Kebangsaan Melayu Singapura.

Bermula daripada itulah Hashimah mendapat sokongan daripada keluarga untuk membabitkan diri dalam filem sebagai penari.

Seterusnya, Hashimah mendapat peluang untuk menunjukkan bakatnya sebagai pelakon pula setelah bertemu dengan P. Ramlee.

Menurut Hashimah, P. Ramlee pernah memberitahunya bahawa dia mempunyai bakat untuk berlakon tetapi dia harus lebih banyak berlatih.

''Itulah kata-kata perangsang yang P. Ramlee berikan supaya saya membabitkan diri dalam bidang lakonan,'' katanya.

Namun begitu, kata Hashimah, seniman itu bukan saja memberikan perangsang tetapi juga sentiasa memberikan dirinya peluang yang baik.

P. Ramlee juga memberikan dia peluang untuk berlakon dalam filem Manusia dan itu membuka jalan yang luas untuk dirinya dalam dunia filem, kata Hashimah.

Walaupun hanya memegang watak tambahan saja pada mulanya, Hashimah menganggap bahawa dia telah mula diberi peluang.

Setelah beberapa lama berlakon dalam beberapa buah filem Hashimah akhirnya berpeluang mendapat watak utama dalam filem Panca Delima yang menggandingkan dia dengan Datuk Jins Shamsudin.

Menurut Hashimah, filem tersebut juga berjaya menaikkan namanya dan meletakkan dirinya sebaris dengan pelakon terkenal lain pada masa itu.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia filem ketika itu, Hashimah berlakon dalam lebih 30 buah filem termasuk Anak Pontianak, Megat Terawis, Anakku Sazali dan Sumpah Wanita. Dan dia tidak boleh melupakan tawaran besar yang diberikan oleh P. Ramlee untuk berlakon dalam filem Nujum Pak Belalang yang benar-benar telah menaikkan namanya.

''Filem terakhir auntie ialah Black Widow yang ditayangkan sejak beberapa tahun dulu,'' katanya.

Selain menjadi pelakon Hashimah juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

P. Ramlee juga merupakan orang yang bertanggungjawab membimbing dirinya menonjolkan bakat dalam bidang tersebut.

Hashimah sering mendapat tawaran untuk bernyanyi dalam beberapa buah filem antaranya ialah Anakku Sazali arahan P. Ramlee.

''Auntie masih ingat, P. Ramlee memang cukup tegas ketika bekerja dan ringan saja mulut untuk marah tetapi auntie tidak kecil hati kerana tahu apa yang dikatakan adalah untuk kebaikan auntie juga,'' akui Hashimah.

Menurut Hashimah, antara kenangan manis dia ketika giat berlakon dulu ialah berpeluang mengadakan persembahan di Afrika.

Sebagai artis dia juga tidak dapat lari daripada gosip dan antara yang masih mencuit hatinya bila mengenang kembali kisah itu ialah gosip yang mengatakan bahawa dia menjalinkan hubungan dengan Jins.

''Semuanya bermula ketika auntie berlakon dalam Panca Delima tetapi auntie tidak melenting kerana sudah memahami perkara itu adalah sebahagian daripada rencah kehidupan yang harus ditempohi oleh artis,'' tambah Hashimah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.