saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/06/1998

Slam terus unggul di persada seni


KUMPULAN SLAM


Selain memuatkan lagu-lagu yang menepati cita rasa peminat, kesung-guhan mereka mendekatkan diri dengan peminat juga memainkan peranan penting untuk kejayaan tersebut.

Menurut ketua kumpulan Slam, Shah, mereka kini sering muncul mengadakan persembahan di tapak ekspo seluruh negara kerana sedar pengunjung ekspo adalah pembeli album yang terbesar.

Kata Shah, semasa muncul dengan album pertama, nama Slam tidak begitu dikenali. Tetapi disebabkan kerap muncul di ekspo, album kedua berjudul Kesan Terbukti mendapat sambutan menggalakkan.

Walaupun kini Slam adalah sebuah nama besar namum mereka tidak mewujudkan jurang untuk membataskan kemunculan mereka di mana-mana tempat sebaliknya sentiasa ingin mendekati peminat.

''Promosi amat penting untuk merangsang peminat memiliki album yang dipasarkan,'' katanya ketika ditemui di majis pelancaran dan penganugerahan anugerah platinum di Resort Kota Tinggi Waterfall, Johor baru-baru ini.

Selain majlis penganugerahan, Slam juga turut mengadakan persembahan khusus untuk pengunjung tempat peranginan tersebut.

Ternyata peminat tidak berganjak untuk melihat persembahan itu walaupun terpaksa berada di bawah hujan renyai-renyai.

Menurut Shah, mereka sedar persaingan bagi sesebuah kumpulan adalah sengit kerana banyak kumpulan muzik baru muncul dan mendapat tempat di hati peminat. Untuk itu mereka harus menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Mereka melihat kemunculan banyak kumpulan baru sebagai pencabar sekali gus pemangkin kepada Slam untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik, ujarnya lagi.

''Kami mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan album tersebut demi memastikan lagu yang sesuai dan mencapai mutu yang dikehendaki,'' katanya.

Kini lagu Mentari Muncul Lagi mendapat tempat di hati peminat. Lain-lain lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah, Dalam Harapan, Aku Jemu, Kasih, Satukan Hati Kita, Cindai Asmara, Sabar Menanti dan beberapa lagi.

Oleh: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.