saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/07/1998

Siti Nurhaliza yakin kepada kemampuan Adiwarna


SITI NURHALIZA... melakukan yang terbaik untuk peminat.


MENYUSURI hidup penyanyi remaja Siti Nurhaliza tidaklah sesukar mana. Meskipun namanya kini gah sebagai bintang pujaan ribuan masyarakat, tetapi hakikatnya dia senang dengan sikap rendah dirinya. Malahan dua kelebihan yang ada dalam dirinya iaitu kehebatan vokal yang setanding penyanyi antarabangsa serta kejelitaan yang mampu menyenaraikan namanya sebaris dengan model popular bukanlah tiket untuk penyanyi tersebut mendabik dada.

Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang terlalu mementingkan gaya hidup sederhana menyebabkan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini tidak berubah arah.

Dia yang lebih senang dengan panggilan manja Siti tidak menafikan kehidupan sebagai artis selama lebih tiga tahun menuntutnya berpegang teguh dengan pendirian hidup tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Soal remeh-temeh yang boleh menjejaskan konsentrasi kepada profesionnya bagi Siti sekadar penyeri kepada gaya hidup seseorang artis.

Sementara kelebihan yang ada seperti kemewahan hidup dan populariti yang dikecapinya hanya satu 'bonus' kepadanya selepas mengambil keputusan untuk bergelar public figure.

"Mengapa perlu berubah hanya kerana popular. Itu bukan cara Siti. Sejarah hidup masih menjadi dinding kekuatan Siti. Apa yang Siti kecapi hari ini barangkali sama dengan apa yang sudah dikecapi oleh artis senior... tiada banyak yang berubah,'' tuturnya lembut ketika ditemu bual baru-baru ini.

Siti, 19, juga mengakui semenjak dirinya menjadi milik masyarakat, dia terpaksa menunaikan kepuasan kepada para peminatnya.

Sesekali sambil membelai rambutnya yang panjang mengurai, Siti turut menjelaskan, meskipun kehidupannya sebagai artis selama ini lebih banyak terdedah kepada kontroversi, namun dia reda dengan apa yang ditakdirkan kepadanya.

"Sudah berkali-kali saya diingatkan dengan perkara ini oleh keluarga serta rakan-rakan. Lantaran itu saya perlu memberanikan diri untuk menghadapi kemungkinan yang berlaku,'' ujarnya sambil mengukir senyuman yang menampakkan lesung pipit di pipinya.

Dia yang kini muncul dengan album terbarunya Adiwarna, sekali lagi dijangka mengekalkan kedudukannya sebagai artis popular tanah air.

Berbekalkan lagu-lagu yang terbaik diisi dalam album tersebut, Siti yang sekali lagi menggunakan khidmat komposer terkemuka seperti Adnan Abu Hassan, LY, Johari Teh serta Azmeer dan beberapa komposer lain mengakui, produk terbarunya cukup memberi seribu makna.

Sama seperti pengertian Adiwarna yang luas maknanya iaitu amat bagus atau amat indah, begitu juga dengan impiannya dalam melayari kehidupan sebagai insan seni.

Pengisian lagu-lagu dalam album yang mula berada di pasaran pada 29 Jun lalu itu mengambil kira segenap aspek bersangkutan kepuasan pendengar muzik.

Keindahan muzik yang dimuatkan dalam Adiwarna berdasarkan kaca mata Siti begitu subjektif untuk ditafsirkan dan Siti sendiri mengharapkan agar pencinta muzik Melayu boleh memberi penilaian mereka.

"Siti sudah melakukan yang terbaik untuk album ini dan berharap agar semua lagu yang dimuatkan dalam album baru Siti ini akan diterima ramai,'' jelasnya sambil merenung jauh masa depannya.

Kepada peminat setia Siti Nurhaliza atau pencinta setia lagu-lagu Melayu anda pastinya tidak mahu ketinggalan mendapatkan album terbaru penyanyi itu, Adiwarna. Pastinya ia membuatkan anda tidak jemu mendengarnya berulang kali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.