saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 07/07/1998

Kay Marine rancang perluas operasi

KUALA TERENGGANU 6 Julai - Kay Marine Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembinaan kapal pertama di negara ini yang dimiliki 100 peratus bumiputera, yakin kegawatan ekonomi tidak menghalangnya memperluaskan operasinya di Malaysia.

Pengerusinya, Wan Mohd. Albakri Wan Md. Noor berkata, sambutan menggalakkan yang diterima memberi dorongan kepadanya untuk memperkukuh dan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan.

Menurut beliau, pihaknya kini dalam proses membina lima unit bot mencari dan menyelamat bagi Jabatan Laut Semenanjung Malaysia dan Sarawak yang bernilai RM20 juta.

''Bot tersebut dibina dengan reka bentuk dan spesifikasi teknikal tercanggih melalui pembinaan sistem penggerak jet air berkembar berbanding sistem lama menggunakan kipas,'' ujar beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Malaysia cawangan Terengganu (DPPMMT).

Bot berkenaan juga dibina dengan memastikan kelajuan yang maksimum dan mengurangkan bahaya kecederaan mangsa di dalam air selain sebagai satu platform penyelamat dalam pelbagai cuaca.

''Ia juga merupakan bot self-righting iaitu mampu kembali ke keadaan asal jika ia terbalik,'' ujarnya.

Menurut beliau, bot berkenaan turut dilengkapi pelantar penyelamat bagi membolehkan kerja menyelamat dibuat lebih selamat dengan sistem penyejuk bidai air ketika operasi dalam bahang api.

''Kay Marine yang mempunyai 72 kakitangan terdiri daripada kaum Melayu merupakan syarikat pertama di negara ini, dapat menyediakan ciri-ciri berkenaan dalam pembinaan bot melalui perkongsian teknologi dengan sebuah syarikat Belanda,'' ujarnya.

Pembinaan bot-bot berkenaan katanya, akan selesai pada tahun 2000 dan setiap satu dapat disiapkan dalam tempoh kira-kira dua bulan.

''Bot sepanjang 15 meter dengan kelajuan 28 knot sejam itu boleh memuatkan 28 orang dan akan ditempatkan di Semenanjung Malaysia (empat buah) dan Sarawak (sebuah),'' ujarnya.

Sementara itu pengarah urusan syarikat berkenaan, Khamarudin Mansor berkata, syarikatnya juga dalam proses membina 100 unit bot penggempur bagi Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya, bot yang bernilai RM28,000 setiap satu itu dibina dengan teknologi canggih dan tidak akan tenggelam walaupun mengalami kerosakan teruk selain mampu membawa kenderaan berat.

Projek berkenaan merupakan yang ketiga dengan pihak berkenaan untuk membina bot penggempur dan sebelum ini Kay Marine telah membina 25 unit bot pada tahun 1984 dan lima unit pada 1986 untuk pihak yang sama.

Menurut beliau, projek yang bernilai RM2.8 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada hujung bulan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.