saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/07/1998

Senator Jinuin terkorban dalam kemalangan

KOTA KINABALU 12 Julai - Seorang anggota Dewan Negara, Senator Jinuin Jimin, meninggal dunia apabila terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Keningau, kira-kira 130 kilometer dari sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Penguasa Polis Sunny Daniel, berkata kemalangan itu berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh beliau bertembung dengan sebuah van di Jalan Keningau-Kota Kinabalu kira-kira pukul 9.30 malam dalam keadaan hujan.

Ketika kejadian, Jinuin, 45, sedang memandu seorang diri menuju ke Kota Kinabalu apabila bertembung dengan sebuah van yang membawa tiga penumpang, kira-kira 6 kilometer dari pekan Keningau.

''Tiga penumpang van berkenaan selamat dan kini dirawat di Hospital Daerah Keningau. Seorang daripada mereka dilaporkan kritikal,'' katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mendiang Jinuin, daripada kaum Murut berasal dari Tenom di pedalaman Sabah, ialah anggota Majlis Tertinggi Parti Demokratik Sabah (PDS) dan dilantik sebagai senator kira-kira setahun lepas.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Beliau menceburkan diri dalam politik pada 1985 apabila dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Ulu Padas tetapi tewas kepada calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Kadoh Agundong. - Bernama.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.