saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/07/1998

Guest nama baru kumpulan lama


KUMPULAN GUEST


Banyak menganggap nama yang telah dibina patut dipertahankan agar kemunculan menerusi album terbaru senang mendapat perhatian.

Namun berlainan dengan kumpulan Samudera yang sanggup menggunakan nama baru Guest setelah muncul bersama album baru dengan syarikat Menora Music walaupun perpindahan mereka tanpa sebarang masalah kontrak.

''Kami sedar nama Samudera telah ada di hati peminat dan kemunculan kami dengan nama Guest mungkin menjadi asing kepada peminat,'' kata mereka mengenai pertukaran nama itu.

Walaupun pada awalnya berat untuk muncul dengan nama baru walaupun masih mengekalkan kesemua anggota lama, namun mereka terpaksa akur dengan kehendak pihak syarikat rakaman.

''Syarikat mempunyai strategi tersendiri di sebalik penukaran nama tersebut,'' kata penyanyi utamanya, Ejay sambil dipersetujui oleh anggota lain iaitu Azmi, Aai dan Jimmy.

Mereka menganggap kemunculan album terbaru sebagai satu halaman baru dalam perjuangan mereka dalam bidang muzik. Empat anak muda itu menanti tuah bersama Guest.

Mereka juga mengubah haluan muzik daripada pop rock kepada konsep rock yang mempunyai sentuhan alternatif sebagai percaturan baru di dalam album terbitan Izo XPDC itu.

Mereka mempertaruhkan lagu-lagu ciptaan Saari Amri di dalam album tersebut sebagai lagu sandaran utama. Lagu-lagu seperti Kukenal Siapa Pilihanmu, Kalaulah Aku Wanita, Takkan Lagi Menyintaimu adalah antara lagu pilihan.

Walaupun album tersebut telah tiga bulan di pasaran namun mereka baru memulakan promosi kerana sedikit masalah dalaman. Pada awalnya album tersebut diedarkan oleh Menora Music sendiri.

Namun syarikat tersebut mengalami masalah kerana tidak memiliki kakitangan untuk menjalankan promosi. Kini album itu menggunakan khidmat syarikat Music Planet sebagai pengedar.

Mereka berharap promosi yang dijalankan bakal mendapat tempat di hati peminat dan mereka akan berusaha untuk memperkenalkan album tersebut secara lebih meluas.

Oleh: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.