saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/07/1998

Norazlina pembaca berita bukan artis

Tetapi bagi pembaca berita ntv7, Norazlina Awang Had, masyarakat perlu diberi lebih pendedahan sebenar tentang kerjaya yang berkembang sejajar dengan pertambahan stesen TV pada hari ini.

Jelasnya, tanggapan bahawa pembaca berita popular dan glamor perlu diubah supaya masyarakat tidak hanya mengaitkan pembaca berita dengan kecantikan dan populariti semata-mata.

Sebaliknya kata anak tokoh pendidik ini, tugas pembaca berita perlu dilihat daripada persepsi yang lebih luas dan menyeluruh dan setanding dengan perkembangan bidang teknologi maklumat sekarang ini.

Kerjaya sebagai pembaca berita mula mendapat perhatian setelah banyak stesen TV swasta menampilkan mereka yang mempunyai wajah jelita serta sering menjadi tumpuan masyarakat.

Norazlina mengakui wajah diperlukan tetapi bukan sekadar kecantikan sahaja tahap akademik, ketajaman berfikir dan peka dengan isu-isu semasa yang menjadi sebahagian daripada kehidupan orang dalam dunia maklumat.

''Bagi saya, aset yang paling penting kepada seorang pembaca berita ialah ketajaman berfikir. Itu paling mustahak kerana kita menjadi orang depan yang akan membawa imej sesebuah stesen TV,'' ujar Norazlina.

Menurutnya, sekiranya mengharapkan kecantikan sahaja sedangkan membaca berita tanpa sentuhan kreativiti tersendiri, seseorang itu akan gagal kerana kerjaya ini menuntut kepintaran berkomunikasi.

Norazlina juga menjelaskan, dia tidak pernah menganggap bidang ini sebagai peluang untuk menjadi popular. Dan pembaca berita juga tidak perlu menampilkan diri mereka di depan khalayak sepertimana artis dalam suasana yang penuh glamor.

''Mungkin ramai yang mengenali kami kerana selalu muncul di TV. Tetapi kami bukan artis. Pendekatan kerjaya kami amat berbeza sama sekali,'' jelas pemilik ijazah dalam bidang grafik daripada sebuah universiti di Auckland, New Zealand ini.

Menyentuh mengenai kerjayanya sekarang, Norazlina tidak meyangka akan terlibat dengan bidang yang diluar pengkhususan akademiknya.

Namun dia menaruh keyakinan bahawa kadangkala apa yang diperoleh secara tidak terancang itu jauh lebih baik untuk kehidupan dan masa depannya.

''Proses perubahan perlu berlaku dalam hidup. Setiap hari kita dihadapkan dengan sesuatu yang berbeza dan diluar jangkaan.

''Proses ini akan menguji kematangan kita sebagai manusia. Jadi, saya tidak menyesal sekalipun memilih bidang yang berlainan dengan kelayakan akademik saya kerana saya dapat belajar sesuatu yang baru,'' akuinya jujur.

Kerana tidak mempunyai banyak pengetahuan dalam bidang penyiaran, setiap hari dia cuba untuk mendalami bidang baru ini melalui teman-teman wartawan dan penyiar lain di stesen TV berkenaan.

Esok anak keenam kepada Tan Sri Awang Had Salleh ini bakal mengakhiri zaman remajanya. Dan dia memilih Abdul Rahman Dahlan dari Sabah sebagai teman hidupnya.

''Kami bukan artis dan tidak perlu menjadi artis,'' kata Norazlina yang cuba memberikan persepsi baru terhadap kerjaya pembaca berita di TV tempatan.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.