saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 28/07/1998

Gan, Tin menunggu kepulangan Song Sheng

Walaupun begitu, Gan Kim Choo, 48, dan Tin Kuwi Diun, 50, masih menaruh seribu harapan untuk berjumpa dengan anak lelaki mereka Ting Song Sheng, 9, yang hilang sejak lebih dua tahun lalu.

Bagaikan baru berlalu, Gan dan Tin belum mengerti mengapa kejadian malang itu berlaku kepada mereka lantaran kesedihan yang menimpa masih diratapi sehingga kini.

Namun Gan berkata dia 'terpaksa' menerima apa yang telah terjadi dan menganggapnya sebagai takdir.

Mengimbas kembali kepada peristiwa yang berlaku pasangan suami isteri itu berkata, Ting dilaporkan hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumah pada 15 Januari 1996.

Sejak dari itu, pelbagai usaha telah dijalankan untuk mencari Ting termasuklah mengedar 50,000 risalah serta poster namun masih belum mendatangkan sebarang penyelesaian.

Selain itu, gerakan besar-besaran mencari Ting telah dijalankan melibatkan Pos Malaysia dan pihak polis sampailah ke negara jiran Thailand yang menawarkan khidmat mengesannya.

Kali terakhir berita mengenai Ting ialah apabila dia dikatakan dilihat mengemis bersama tiga pengemis kanak-kanak di wilayah selatan Thailand pada akhir tahun lalu.

Dari hari ke hari menanti bagaikan satu penantian yang tidak berpenghujung.

Namun sebagai ibu dan bapa Gan dan Tin tetap bersabar dan mengharapkan satu hari nanti anak kesayangan mereka itu akan kembali.

Gan berkata, perasaan kasih dan sayangnya terhadap Ting tidak pernah padam. Walaupun dia mempunyai seorang anak angkat, Tin Song Seng, 11, ia tidak sama dengan anak yang dilahirkannya sendiri.

Tidak kira apa yang dikatakan oleh orang ramai dan masyarakat terhadap dirinya, dia masih mengharapkan kerjasama dan pertolongan daripada orang ramai untuk mencari Ting.

''Orang boleh kata apa saja tetapi kalau mereka mengalaminya saya rasa mereka pun akan merasa sedih begini.

''Kalau anak hilang sebab meninggal dunia, saya tak risau macam ni. Tetapi kalau anak hilang entah ke mana, pasti ibu bapa risau kerana tidak tahu keadaannya,'' katanya.

Gan berkata, dia dan suami akan merasa terguris dan sedih apabila ada orang yang datang ke kedainya di Shah Alam dan menanyakan di mana Ting berada.

Menurut Gan, soalan yang diajukan benar-benar menyakitkan hatinya dan suami malah tidak kurang pula ada yang berkata bahawa Ting sudah meninggal dunia dan sebaliknya.

Dalam mencari Ting, Gan mengatakan dia telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Ting termasuk menggunakan khidmat 80 orang bomoh dan lain-lain perbelanjaan.

Kini kalau ada orang yang ingin menawarkan diri untuk mencari anaknya, Gan akan mengatakan bahawa dia akan membayar duit setelah Ting berjaya dijumpai dan bukannya memberi duit dahulu seperti yang dilakukan sebelum ini.

Gan berkata, dia telah habis berikhtiar apabila pihak tertentu memberitahu bahawa susah untuk menemui Ting semula memandangkan kejadian itu sudah lama berlaku.

Tin yang mengusahakan bengkel motor di Seksyen 8 pula mengatakan isterinya akan merasa hiba dan sebak apabila melihat kanak-kanak lain sebaya anaknya riang bermain di hadapan rumah mereka.

Sambil menitiskan air mata, Tin yang menenangkan isterinya Gan mengharapkan anaknya akan pulang sendiri ke pangkuan keluarga dalam keadaan sihat apabila dia dewasa kelak.

''Saya tunggu dia besar sikit. Mungkin dia sudah boleh berfikir sendiri dan balik ke pangkuan kami sekeluarga. Jika ditakdirkan saya akan berjumpa dia semula, biarlah dia dalam keadaan sihat dan sempurna,'' katanya.

Oleh: ROSNIZA MOHAMAD

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.