saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/07/1998

Haliza dan Ahmad Idham dalam adegan drama Cinderella

Drama bersiri Cinderella yang akan disiarkan menerusi slot Identiti di TV3 mulai 3 Ogos ini dianggap sebagai penebus maruah syarikat oleh penerbitnya Mohd Noor Kadir setelah drama Cinta Antara Benua mendapat kritik hebat tidak lama dulu.

Mohd Noor juga menganggap Cinderella arahan Din CJ sebagai masterpierce daripada syarikatnya Kuasatek Pictures khususnya dalam penerbitan drama bersiri.

Sebagai penerbit, dia berpuas hati dengan garapan dan jalan cerita Cinderella yang menarik sehinga mampu membuat penonton tertunggu-tunggu untuk mengetahui kisah yang berlaku dalam episod seterusnya.

Cinderella yang dilakonkan oleh oleh Haliza Misbun, Ahmad Idham, Riezman Khuzaimi, Amyza Adnan, Kathy Azean, Zizie Ezzette, Abu Bakar Omar, Azizah Mahzan dan banyak lagi itu akan menemui penonton selama 24 episod.

Ia mengisahkan Nurul yang terpaksa menyembunyikan kekayaann yang dimilikinya untuk menjaga kepentingan pihak lain termasuk suaminya.

Nurul memiliki kekayaan yang diwarisi oleh bapanya. Selepas kamatian bapanya, dia tinggal bersama keluarga tiri yang ingin membolot harta tersebut. Dalam satu kejadian dia bertemu Salman.

Salman bekerja di New Zealand di sebuah syarikat milik ibu kandung Nurul yang membawa diri dan meninggal dirinya sejak kecil. Dia berjaya dalam perniagaan di New Zealand.

Setelah berkahwin dengan Salman, Nurul terpaksa berlagak sebagai orang gaji kerana tidak mahu Salman kehilangan hak penjagaan ke atas anaknya dari perkahwinan terdahulu.

Dia sanggup berlagak sebagai pembantu kerana hasratnya ingin mencari ibu kandung yang berada di sana. Setelah ke sana dia mengetahui yang Salman bekerja di syarikat milik ibunya.

Tambah Mohd. Noor, Cinderella mempunyai tiga peringkat iaitu kisah penderitaan Nurul di Malaysia, kisah Nurul di New Zealand dan kisah kepulangan Nurul bersama keluarganya ke tanah air setelah negara dilanda masalah kegawatan ekonomi.

Pemilihan judul Cinderella dianggap sesuai dengan jalan cerita dan bukannya sengaja diada-adakan kerana di pertengahan cerita nama Nurul hilang setelah dia digelar Cinderella.

Mohd Noor berkata, syarikatnya kini mempunyai lebih 30 judul drama yang telah siap dan menunggu masa untuk ditayangkan setelah dihantar ke stesen televisyen.

Syarikat itu masih menerbitkan drama yang difikirkan mempunyai mutu termasuk mesej yang dipaparkan, kata Mohd Noor yang telah menerbitkan lebih 72 judul drama dan drama bersiri.

Antara drama terbitannya yang belum ditayangkan ialah R.C. International, Face Off, Esctasy, Metafizik, Surah Terakhir, Cinta Tabloid, Syurga Di Hujung Dunia, Setitis Embun Mentari Pagi dan Bunga Sarajevo.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.