saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/08/1998

Sang Wira - Animasi tempatan berpotensi ke luar negara


NORLINA... animasi tempatan mendapat sambutan.


Animasi tempatan, Sang Wira, kini memasuki musim ketiga. Karakternya telah terpahat kepada kanak-kanak dan ia menjadi alternatif kepada siri animasi luar yang begitu popular sebelum ini.

Sambutan terhadap Sang Wira memperlihatkan bidang penerbitan animasi negara ini mempunyai masa depan yang cerah. Malah pada masa yang sama ia melangkah melampaui sempadan bangsa dan budaya kerana bersifat universal dan diterima oleh semua golongan kanak-kanak.

Lantaran itu sekiranya filem tempatan sukar memecah benteng pasaran ke luar negara, animasi berpotensi untuk memulakan langkah era global.

Tambahan pula karakter animasi boleh beraksi melampaui batas realiti dan logik sosialnya.

Animasi seperti Sang Wira juga dilihat alternatif terbaik untuk membawa pemikiran dan nilai hidup kepada masyarakat dengan disokong oleh kecanggihan teknologi.

Pengarah Urusan Jutakira, Norlina Nordin, yang menerbitkan Sang Wira, berkata penerbitan animasi tempatan mempunyai masa depan yang cerah untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Beliau mengakui bidang penerbitan animasi tempatan yang serba kekurangan daripada segi tenaga mahir dan teknologi tetapi yakin dengan potensi untuk jangka panjang bidang ini.

Menurutnya, sambutan masyarakat dan peningkatan kemajuan yang diperlihatkan oleh animasi tempatan akan menjanjikan masa depan yang cukup memberangsangkan.

''Animasi bersifat universal. Mana-mana animasi dalam dunia ini disukai oleh kanak-kanak tanpa mengambil kira karektor yang mewakili bangsanya.

''Cuma untuk menjual siri animasi ke luar negara, mungkin kita perlukan masa, tenaga dan kos yang lebih tinggi untuk mendapatkan hasil yang setaraf dengan tahap antarabangsa,'' jelasnya.

Dengan bertitik-tolak daripada sambutan penggemar animasi tempatan, khususnya kanak-kanak, animasi di negara ini terus berkembang dengan terhasilnya pelbagai karakter lain selain Sang Wira.

''Daripada sini kita boleh lihat potensi pasaran dan mampu melangkah lebih jauh. Pertambahan animasi tempatan juga dilihat sebagai alternatif kepada kanak-kanak untuk melihat siri yang lebih bertunjangkan nilai peradaban dan budaya setempat,'' ujar Norlina.

Tambahnya, animasi merupakan salah satu cara untuk menyemai nilai mendidik dan mesej kepada generasi muda kerana ia bersifat hiburan.

''Kanak-kanak di mana-mana sahaja di pelusuk dunia ini gemar menonton animasi. Tetapi kita harus memikul tanggungjawab untuk memberi ilmu, mendidik atau membentuk perilaku yang baik kepada kanak-kanak,'' tegas Norlina.

Menurutnya, animasi tempatan tidak seharusnya menggunakan bahasa yang kasar, unsur-unsur ganas atau tahyul.

Perbezaan ini jelas berbanding siri animasi dari barat yang kadang kala dilihat tidak mencerminkan perilaku yang baik kerana budaya dan peradaban yang berbeza.

Sang Wira terbitan Jutakira dilihat sebagai animasi yang bercirikan budaya tempatan dengan menyelitkan pelbagai mesej berguna kepada kanak-kanak bagi dijadikan teladan.

Animasi ini mendapat sambutan ramai di kalangan kanak-kanak. Sehingga kini, Sang Wira telah memasuki musim ketiga dengan mempelbagai dan menambah karakter di dalamnya.

Ini termasuklah karektor seperti Bayu, Bakau, Bara dan Badai yang mempunyai kuasa sakti untuk membantu Sang Wira menghapuskan petualang yang ingin memusnahkan bumi iaitu Salamander, Madura dan Merah.

Menurut Norlina, penambahan dan kepelbagaian karakter itu dibuat untuk memberi kelainan kepada setiap musim Sang Wira agar ia tidak hambar dan sama dengan musim terdahulu.

Tambahnya, karakter Sang Wira kali ini dilihat lebih universal kerana ia ditugaskan untuk membantu menyelamatkan bumi. Namun, unsur-unsur peperangan di dalam Sang Wira tidak bermotif ganas dan kejam kerana gambaran sedemikian tidak bersesuaian dengan kanak-kanak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.