saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/08/1998

Selawat dalam Muhammad ya habibi

Dalam sekian banyak album nasyid kontemporari, album nasyid terbaru, Muhammad Ya Habibi mungkin sedikit berbeza daripada apa yang selalu ditampilkan.

Muhammad Ya Habibi tidak bersandar kepada ciptaan komposer atau dengan kemasukan lirik berunsur agama dan dakwah, sebaliknya inti kandungan album ini lebih dari itu.

Album ini menjangkau kasih sayang dan puji-pujian yang hakiki yang ditujukan khas buat Rasullullah s.a.w. Dengan judul yang bermaksud, Muhammad Kekasihku, album ini adalah satu anugerah khas untuk umat Islam khususnya, agar dapat menghayati perjuangan suci Junjungan Mulia itu.

Album ini sebenarnya dihasilkan sempena menyambut maulidul rasul Julai lalu. Begitupun, dengan kandungan lagu-lagu yang segar, album ini dijangka mampu melewati tahun-tahun yang akan datang dan sesuai sepanjang zaman.

Ini kerana lagu-lagunya lebih bersifatkan kepada selawat dan puji-pujian yang kebanyakannya telah pun mendapat tempat di kalangan pendengar dan dihafal oleh ramai kanak-kanak.

Sebanyak 12 lagu dimuatkan dalam album ini dengan penyampaian istimewa lima penuntut tahfiz yang menggelarkan diri mereka Harakat Madani, kumpulan Rabbani dan pendakwah Yusuf Islam.

Album ini istimewa kerana diselang-selikan dengan empat selawat yang terdiri daripada Surah Al-Ahzab (Ayat 56), Selawat As-Syifaa, Selawat Ibrahimiyah dan Selawat An-Nur.

Selawat-selawat ini dan lagu-lagunya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan dimuatkan di dalam Buku Panduan Berwarna yang disertakan bersama album tersebut.

Buku Panduan itu bukan sahaja mengandungi selawat-selawat dan menceritakan kisah Rasulullah dan perjuangan Baginda dalam menegakkan Islam pada zaman jahilliyah.

Lagu-lagu dan selawat yang dimuatkan di dalam album ini ialah Muhammad Ya Habibi (Rabbani), Thala'Al badru Alayna (Harakat Madani), Nur Selawat (Harakat Madani), Surah Al-Ahzab (Ayat 56), Selawat Nabi (Rabbani), Muhammad Al-Amin S.A.W. (Harakat Madani), Sollallah Ala Yassin (Rabbani), Selawat As-Syifaa dan Keagungan Rasul S.A.W. (Rabbani dan Harakat Madani).

Lain-lain lagu ialah Solla'Alaikallah (Rabbani), Panduan Bermaulid (Rabbani), Selawat Ibrahimiyah, Solla'Alaikallah (Harakat Madani), Thola'al Badru Alayna (Rabbani), Selawat An Nur dan Ya Rasulullah S.A.W. (Harakat Madani).

Album ini telah diterbitkan oleh Ustaz Sohibul Fadhil Hj Sabikin. Ia dijangka dapat memberi hiburan bermanfaat yang boleh membantu mengembangkan minda pendengar, terutama bagi kanak-kanak yang ingin mengetahui perjuangan Rasulullah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.