saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/08/1998

Koleksi lagu dangdut popular

Walaupun sambutan terhadap lagu-lagu dangdut kini agak kurang berbanding dua tahun lalu, album kompilasi terbaru, Puteri Dangdut 2 dianggap sebagai salah satu bonus kepada para penggemar muzik yang berasal dari Indonesia ini.

Dengan gabungan artis-artis popular tempatan yang menghasilkan lagu-lagu dangdut, album tersebut diharap dapat meneruskan kegemilangan dangdut yang telah dihasilkan sebelum ini.

Selain lagu-lagu lama yang pernah mendapat tempat di hati peminat, beberapa lagu baru turut diselitkan sebagai pengenalan kepada pendengar.

Artis-artis yang terbabit dalam album ini ialah Amelina, kumpulan Eva, Mas Idayu, Ifa Raziah, Ani Maiyuni dan penyanyi dari India, Alisha serta dua penyanyi baru Intan dan Ati Adiati.

Lagu baru yang dimuatkan ialah Rayuan Mata Buaya oleh penyanyi dangdut baru, Intan. Lain-lain lagu yang terdapat dalam album ini ialah Bulan Cinta (Amelina), Merindu (Mas Idayu & Eva), Mere He Hese (Ati Adiati), Zapin 7 Purnama (Amelina), Selangit (Mas Idayu), Lower Girl (Alisha), Ser.. Ser.. Ser (Ifa Raziah), Terang Bulan (Ani Maiyuni), Semakin Rindu Semakin Asyik (Amelina), Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan (Mas Idayu) dan Perwiraku (Mas Idayu).

Lagu Bulan Cinta dibawakan semula oleh Amelina dengan gaya tersendiri berbanding lagu asal yang dinyanyikan oleh Eva.

Sementara lagu Merindu yang dinyanyikan oleh Mas Idayu dan Eva adalah lagu duet yang dipilih sebagai meneruskan gandingan lagu duet. Terdahulu, dalam Puteri Dangdut, lagu duet yang diketengahkan ialah Sini Cinta Sana Cinta (Amelina dan Sheeda).

Album ini diterbitkan oleh Syed Azlan dan Ajai. Ia telah pun berada di pasaran ketika ini.

Menurut dua penerbit itu, album dangdut terbaru ini adalah sebuah album kompilasi yang mampu menyemarakkan semula muzik irama dangdut di negara ini.

Apatah lagi, kehadiran muzik dangdut di negara ini telah pun setanding dengan muzik aliran popular mahupun kontemporari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.