saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/08/1998

Leina mahukan yang terbaik

Penyanyi yang agak lama menyepikan diri, Leina Hangat berpendapat, pemilihan lagu menjadi nadi utama dalam setiap penghasilan album.

Katanya, jika lagu yang dinyanyikan itu tidak berjaya menarik minat pendengar secara tidak langsung akan menenggalamkan bakat sebenar penyanyi itu.

''Di negara ini, ramai penyanyi mempunyai vokal yang baik, cuma adakalanya lagu yang diberikan tidak sesuai dengan mereka. Bagi saya, gandingan lagu dan vokal haruslah seiring dan saya yakin, semua penyanyi berpeluang untuk mendapat hak itu,'' jelasnya.

Justeru itu, Leina merancang untuk mendapatkan lagu-lagu terbaik bagi dimuatkan dalam album terbarunya kelak. Ketika ini, Leina sudah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Rock Records.

''Dalam kegawatan ini, saya harus menghasilkan album yang baik dan bermutu kerana persaingan dengan album artis lain juga banyak. Bagi saya, pembeli selalunya akan memilih yang terbaik sahaja memandangkan harga kaset dan cakera padat juga semakin meningkat,'' ujar Leina.

Leina juga akan kembali ke konsep album asalnya iaitu pop reggae. Walaupun pernah mencuba konsep dangdut tetapi peminat lebih menerima konsep album pertamanya, pop reggae.

Sebaik sahaja menjadi artis Rock Records, Leina telah diberi peluang untuk muncul dalam album A Go Go Ala BB Park, bersama-sama Wann, Shikin, Khairuniza dan Ismadian.

''Saya rasa ini adalah satu peluang yang baik untuk kembali menyanyi setelah hampir dua tahun tidak merakamkan album. Saya tidak mempunyai masalah berganding dengan empat artis lain kerana album ini banyak keistimewaannya,'' jelas Leina.

Dalam album tersebut, Leina menyampaikan dua buah lagu, Cik Cik Bom dan Ulangtahun Kakek. Di samping itu, dia juga telah berpadu suara dengan artis-artis lain dalam album itu untuk lagu A Go Go Datang Lagi dan Bila Larut Malam.

Walaupun bermula sebagai penyanyi tetapi Leina tidak ketinggalan mencuba bakat dalam bidang lakonan. Selepas membintangi filem Awas, Leina turut berlakon dalam beberapa buah drama swasta di TV.

Antara drama lakonannya yang mendapat perhatian ialah Imbasan yang disiarkan dalam slot Galeri, di TV1. Drama itu mengetengahkan Leina dengan satu watak yang mampu meninggalkan kesan di hati penonton.

''Sebagai Anita, saya terpaksa menjadi perempuan yang materialistik, sombong, garang dan pendengki. Tentu ramai penonton yang bencikan saya ketika drama itu disiarkan. Dan mereka sentiasa mengingatkan saya,'' ujar Leina sambil ketawa.

Setelah terikat dengan jadual promosi album, Leina terpaksa memberhentikan aktiviti lakonannya dan menumpukan perhatian untuk rakaman album terbarunya pula.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.