saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/08/1998

Forever As One rasmi lagu tema

USAHA pelbagai pihak menghasilkan lagu bertema Sukan Komanwel '98 (Sukom) dianggap sebagai penambah kepada semaraknya sukan kedua terbesar di dunia itu yang bakal berlangsung bulan depan.

Ia juga turut menambahkan keghairahan masyarakat negara ini untuk menyaksikan temasya sukan itu.

Pengarah Eksekutif Sukom '98, Tan Sri Hashim Mohd. Ali berkata, pihaknya mengalu-alukan mereka yang menghasilkan lagu bertema sedemikian. Ia dianggap sebagai satu usaha yang baik.

Bagaimanapun, beliau menyedari apabila terlalu banyak lagu bertema sedemikian dihasilkan, banyak yang terkeliru mengenai pemilihan lagu tema sukan itu nanti.

''Lagu tema sebenarnya adalah Forever As One yang hanya dinyanyikan pada hari pembukaan sukan itu oleh Koir Kebangsaan dan penyanyi Roy. Lagu-lagu lain yang kerap kedengaran sekarang ini hanyalah sebagai lagu kempen,'' jelas Hashim.

Hashim menyatakan demikian pada majlis pelancaran lagu 'Never Let The Spirit Die' nyanyian kumpulan KRU yang juga membarisi lagu-lagu kempen sukan tersebut di sebuah kelab di ibu kota baru-baru ini.

Lagu ciptaan dan nyanyian KRU itu dihasilkan oleh KRU dengan penglibatan syarikat pengeluar minuman Pepsi yang juga salah satu penaja utama Sukan Komanwel.

Sementara itu, Hashim tidak menafikan kemunculan penyanyi antarabangsa pada majlis pembukaan dan penutup sukan tersebut nanti untuk berganding bahu dengan penyanyi tempatan.

''Buat masa ini, kami belum boleh mengumumkan terlebih dahulu kerana masih ada perkara yang sedang diuruskan,'' katanya yang mengatakan artis tersebut adalah bernama besar.

Beliau sebaliknya berkata, satu sidang akhbar khas untuk mengumumkan barisan penyanyi yang akan menghiasi kedua-dua upacara yang dinantikan oleh orang ramai itu.

Menyentuh mengenai lagu tersebut, ia tidak akan dipasarkan secara komersial, sebaliknya dicetak secara eksklusif sebanyak 10,000 unit dalam bentuk cakera padat khas yang memuatkan maklumat, klip video, iklan dan lagu tersebut.

Pemenang peraduan yang dianjurkan oleh Pepsi juga berpeluang untuk memiliki cakera padat istimewa itu.

Ketua kumpulan KRU, Norman berkata, penghasilan lagu tersebut sebagai salah satu sumbangan yang mampu diberikannya untuk menjayakan sukan tersebut walaupun agak terlambat berbanding banyak lagu lain.

Norman berkata, mereka menghasilkan album tersebut sejak Mac lalu dengan perancangan awal untuk memuatkannya di dalam album Inggeris yang dijadual dipasarkan sekitar Ogos.

''Namun di atas sebab yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa menunda pemasaran album tersebut sehingga Oktober nanti dan terpaksa mengasingkannya daripada album,'' katanya lagi.

Norman berkata, KRU kini menandatangani kontrak penajaan dengan Pepsi sejak awal bulan ini dan akan berakhir pada bulan Disember tahun depan. Syarikat itu akan bekerjasama dengan mereka dalam banyak projek nanti.

Oleh: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.