saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 17/08/1998

USM temui keladi tikus ubat kanser

SEJENIS tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai 'keladi tikus' atau nama saintifik 'Typhonium Flagelliforme' yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, 'keladi tikus' dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit.

''Ketika itu saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu mereka membiakkan keladi tikus,'' katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghadapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zeland, Amerika Syaikat, India, Indonesia dan Australia.

Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif.

''Sebenarnya, tidak ada ubat di dunia yang ditemui boleh menyembuhkan penyakit kanser. Apa yang ditemui ini hanya dapat membantu pesakit yang menghadapi pelbagai jenis kanser,'' ujarnya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar keladi tikus.

''Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut,'' katanya.

Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar.

Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari.

''Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga boleh menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.

''Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama,'' tambah beliau.

Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam.

Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurnya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal.

''Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari,'' jelas beliau.

Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self-healing).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.