saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/08/1998

MRSM disaran bergerak selari Wawasan 2020

KOTA BHARU 30 Ogos - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) disarankan supaya bergerak selari dengan apa yang telah disasarkan oleh Wawasan 2020 dan mengusahakan secara serius bagi menjayakannya.

Penaung Gabungan Persatuan Pelajar Lepasan MRSM Malaysia (Ansara), Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali berkata, kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara sekarang tidak boleh dijadikan alasan untuk berasa sangsi akan masa depan Wawasan 2020.

Katanya, MRSM juga mestilah terus melahirkan bakal-bakal cendekiawan Melayu yang tidak hanya cemerlang dalam akademiknya, malah pelbagai bidang agar akhirnya dapat melahirkan pemimpin-pemimpin negara, sektor awam dan korporat bertaraf dunia.

''Kita mahu mereka nanti berupaya menaikkan nama dan martabat bangsa Melayu dan negara di kaca mata dunia. Justeru itu, adalah perlu bagi MRSM untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan lengkap bagi mencapai matlamat dan cita-cita besar dan mulia ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian sambutan ulang tahun ke-25 MRSM, Pengkalan Chepa di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mustapa Mohamed.

Kehadiran Dr. Siti Hasmah tentunya amat bermakna sekali kerana kedua-dua anak lelaki beliau, Mokhzani dan Mokhriz Mahathir juga merupakan bekas pelajar maktab tersebut.

Sementara itu, pada majlis tersebut, pakar jantung, Dr. Mohd. Azhari Yakub diumumkan sebagai pemenang Anugerah Personaliti Cemerlang Ansara Kota Bharu 1998.

Anugerah yang baru diperkenalkan oleh MRSM Kota Bharu itu bagi menghargai bekas pelajar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Dr. Mohd. Azhari pelajar di maktab itu dari 1973 hingga 1977 yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknikal Leederville di Western Australia, Universiti of Western Australia dan FRCS, Glasgow merupakan pakar jantung di Institut Jantung Negara.

Beliau juga merupakan salah seorang dari kumpulan pakar bedah yang menjalankan pemindahan jantung pertama di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.