saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/09/1998

Konsep nasyid Nowseeheart berbeza

Ini kerana mereka muncul di bawah satu bumbung iaitu Zamrud Records dan sering mengikuti persembahan yang diadakan oleh kumpulan Raihan.

Sebagai kumpulan baru mereka tidak mahu disamakan dengan kumpulan terdahulu. Apatah lagi sebelum ini mereka pernah merakamkan album dengan nama lain iaitu Suara SMAKL dan kumpulan Anugerah.

''Walaupun album ini turut memuatkan lagu duet kami dan Nazrey Raihan namun kami harap itu tidak menjadi alasan untuk kami dibayangi Raihan,'' kata mereka.

Di dalam album sulung berjudul Wahyu Pertama, Nowseeheart berduet dengan Nazrey menerusi lagu Merancang Kerja. Lagu tersebut sebelum ini pernah dirakam ketika menggunakan nama Anugerah.

Antara kelainan yang ditampilkan ialah memberi penekanan kepada suara harmoni bukannya menampilkan penyanyi utama. Malah mereka juga menampilkan lagu yang berkonsep acapella.

Nowseeheart dianggotai oleh enam anak muda yang masing-masing masih menuntut di pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara. Anggota Nowseeheart terdiri daripada Mujahid, Sariman, Idzhar, Huzaimi, Azahari dan Firdaus.

Selain pembabitan dalam nyanyian, album tersebut diterbitkan sendiri oleh salah seorang anggota kumpulan itu, Mujahid. Melalui terbitan sendiri mereka boleh menentukan aliran lagu yang diingini.

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album sulung mereka ialah, Wahyu Pertama, Merancang Kerja, Dia, Ranjau Menawan, Keliru, Persandaran, Keangungan Ilahi, Duhai Bonda dan Damai Yang Hilang.

Nowseeheart juga turut menampilkan sebuah lagu Inggeris berjudul Holding On You kerana selain memberi fokus kepada muslim, mereka juga berharap lagu-lagu sedemikian dapat dinikmati oleh bukan Islam.

''Lagu-lagu nasyid yang dihasilkan di negara ini mempunyai konsep yang tersendiri dan global,'' kata mereka lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.