saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 02/09/1998

Y2K: Krisis komputer tahun 2000

KRISIS alaf digital, yang akan bermula pada 1 Januari, tahun 2000 kelak, kini hangat diperkatakan dan sedikit sebanyak telah menimbulkan kebimbangan ramai termasuklah Malaysia sendiri terhadap senario yang mungkin berlaku sebagai akibat daripada krisis ini. Krisis teknologi tahun 2000 nanti melibatkan perisian dan perkakasan komputer dan sensitiviti tarikh sistem terbenam (embedded systems).

Bagi para pemanfaat aplikasi dan program komputer di seluruh dunia, penggantian abad tersebut nanti akan menjadi saat-saat yang mendebarkan dan membawa ancaman besar.

Implikasi dari krisis ini, kestabilan domestik, keselamatan nasional dan lebih dahsyat lagi kestabilan dan keselamatan sejagat juga akan tergugat. Krisis teknologi ini dirujuk sebagai pepijat Y2K (Year 2000 Problem).

Apakah dia Y2K atau alaf pepijat (millenium bug)? Y2K boleh dirujuk sebagai kesalahan pada program komputer akibat penggunaan format dua digit untuk merekod tahun, iaitu krisis kegagalan komputer dan cip terbenam (embedded chips) memproses data tarikh selepas 31 Disember 1999.

Mengikut kajian di Amerika Syarikat baru-baru ini, didapati menjelang tahun 2000 lebih dari 50,000 kegagalan komputer yang akan dilaporkan disebabkan oleh fenomena Y2K. Mengapa berlakunya krisis komputer menjelang tahun 2000?

Apabila komputer diperkenalkan kepada dunia perbankan, perniagaan mega, kerajaan dan lainnya, penjimatan ruang ingatan (memory) komputer amat dihargai. Bit dan bait dan program direka khusus untuk penggunaan ruang ingatan yang sekecil mungkin.

Penjimatan ini boleh dijelaskan melalui pengrekodan tahun berdasarkan dua digit terakhir, misalnya '1998' direkod sebagai '98. Begitu juga dengan '99.

Walaupun hal ini biasa, namun masalah dijangkakan terjadi menjelangnya 1 Januari 2000, sejurus selepas tengah malam 31 Disember 1999. Komputer akan mendefinisikan tarikh 1 Januari 2000 sebagai 01/01/00.

Tanpa dua digit pertama tahun tersebut, komputer tidak akan tahu bahawa tahun tersebut adalah tahun 2000. Hal demikian kerana komputer akan hanya membaca dua digit terakhir tahun 2000, iaitu 00. Akibatnya, komputer akan membuat perhitungan yang salah dan aneh.

Komputer akan mengandaikan tahun tersebut adalah tahun 1900, iaitu 100 tahun ke belakang. Ini bermakna komputer akan menjadi kelam-kabut dan kusut kerana terpaksa 'berfikir' 100 tahun ke belakang dan degil hendak meninggalkan alaf sebelumnya. Tarikh dan hari di dalam komputer akan menjadi salah. Misalnya 1 Januari 2000 adalah hari Sabtu, disebabkan Y2K, Januari 2000 adalah hari Isnin, kerana ia mengambil kira tarikh tersebut sebagai 1 Januari 1900.

Begitu juga selepas 28 Februari 2000, komputer akan mengandaikan hari Sabtu sebagai Jumaat dan hari Isnin sebagai Ahad.

Semua ini berlaku disebabkan setiap komputer di dunia mempunyai jam dan tarikh internal (internal clock). Jam tarikh ini dibuat dalam bentuk pangkalan data yang ditulis dalam bentuk kod mikro sistem dan diletakkan pada salah satu cip. Fungsi jam tarikh ini sangat terhad kerana semua aplikasi perisian dan perangkat sistem operasi akan merujuk pada tarikh dan waktu yang ada dalam cip tersebut.

Tahun 2000 merupakan tahun lompat, di mana terdapat satu hari tambahan pada bulan Februari, Y2K menyebabkan komputer menganggap satu hari tambahan ini sebagai 1 Mac 1900. Bayangkanlah kekalutan yang bakal berlaku. Untuk menangani masalah ini, setiap tarikh pada setiap komputer kerangka (main frame) harus dibetulkan.

Hari ini penggunaan cip komputer amat meluas, yakni dari kereta sehinggalah kepada cerek elektrik. Bangunan-bangunan pintar (smart building) juga dilengkapi dengan proses binaan dalaman yang dinamakan sistem terbenam (embedded systems) yang mengawal lif, lampu, sprinkler dan keselamatan.

Sistem sokongan hayat di hospital, sistem lampu isyarat jalan raya semuanya juga berasaskan sistem terbenam yang direka berdasarkan teknologi canggih yang dipercayai, diyakini dan ringkas. Sistem terbenam adalah peranti (device) yang diprogramkan untuk memantau, melindungi dan mengesan sesuatu prosesan, mesin/jentera, persekitaran, peralatan dan komunikasi. Kebanyakan satelit, termasuklah Mars Pathfinder menggunakan cip Z-80 yang dijual pada tahun 70-an turut juga digunakan pada komputer Sinclair. Masalah timbul apabila perisian yang menjana cip komputer biasanya tidak bersedia menangani kemunculan alaf pepijat.

Bagi bangunan yang menggunakan sistem pemantauan (pengawalan) tarikh untuk keselamatan, masalah serius timbul apabila sistem yang sedia ada mengalami kekeliruan tarikh disebabkan fenomena Y2K. Akibatnya bangunan akan dikunci secara automatik. Bahaya lain disebabkan Y2K ialah kebanyakan sistem termasuk sebarang sistem pembayaran, keselamatan sosial, lesen memandu, rawatan kesihatan, urus niaga kad kredit, pengangkutan, prasarana lain (mungkin dengan penggunaan kad pintar secara meluas kelak) mengakibatkan sistem komputer menganggap individu tertentu tidak pernah wujud. Sistem komputer akan menjadi kelam-kabut, keliru serta tidak dapat mengesahkan satu-satu urus niaga kad kredit. Malah pembayaran gaji kepada pesara akan menjadi lambat kerana sistem komputer tidak dapat mengeluarkan cek kepada individu yang dianggapnya tidak pernah wujud. Jadual penerbangan lambat atau ditangguhkan dan diramalkan akan timbul seribu satu macam lagi masalah dan bahaya yang lain.

Oleh: RITAH YAHAYA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.