saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/09/1998

Album FTG tanpa promosi

Tanpa sebarang promosi di akhbar mahupun di TV, album terbaru kumpulan FTG mencatat kejaaan membanggakan apabila terjual melebihi 25,000 unit dalam masa sebulan di pasaran.

Ini merupakan perkembangan menarik bagi kumpulan ini apatah lagi album berjudul Aku Tak Peduli ini adalah album Melayu pertama yang dihasilkan mereka.

Keputusan kumpulan FTG ini untuk menghasilkan sebuah album Melayu pada mulanya menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Ini kerana setelah lebih 10 tahun bergiat aktif dalam rakaman album, baru sekarang kumpulan ini berminat untuk menghasilkan album Melayu.

FTG sebelum ini terkenal dengan lagu-lagu alternatif berbahasa Inggeris dan merupakan satu-satunya kumpulan underground tempatan yang mampu bertahan hampir sedekad.

Ramai juga menganggap tindakan ini adalah satu satu strategi mereka untuk menembusi pasaran dalam keadaan kemelesan ekonomi hari ini.

Sekiranya benar, tindakan ini dikatakan berjaya apabila album ini diterima dengan baik.

Menurut pemain bass kumpulan ini, Mie minat mereka untuk merakamkan album melayu timbul apabila banyak peminat yang meminta mereka berbuat demikian.

Katanya sebelum ini mereka sudah sebati dengan lagu-lagu Melayu di persembahan pentas malahan pernah merakamkan lagu lama berjudul Dendang Remaja.

''Semuanya bermula apabila kami merakamkan lagu Dendang Remaja dalam album yang lalu. Tujuan awalnya hanya untuk suka-suka tetapi tidak sangka pula setiap kali mengadakan persembahan peminat pasti mahukan lagu tersebut.

''Mungkin juga kerana kerap memainkan lagu tersebut, ada antara peminat mencadangkan kami agar merakamkan album melayu sepenuhnya,'' jelasnya.

Album ini mempertaruhkan sepuluh lagu rancak antaranya Aku Tak Peduli, Malaysia Maju, Askar (Biar Putih Tulang), Anak Tiri, Tak Sedar Diri dan Salah Sendiri.

Jelas Mie, sekalipun mencuba dengan album berbahasa Melayu, konsep dan persembahan FTG kali ini tidak banyak perbezaan berbanding sebelumnya.

Cuma katanya, kali ini mereka menampilkan penyanyi baru iaitu Tajul yang menggantikan Bart setelah penyanyi itu mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan ini.

''Namun kami yakin dengan kemampuan Tajul. melihat kepada sambutan peminat ketika mengadakan persembahan sebelum ini, kami percaya kehadiran Tajul disenangi,'' katanya.

Tambahan pula katanya, kekuatan FTG bukan bersandarkan kepada seorang anggota kumpulan semata-mata.

Selain itu FTG turut tidak melupakan soal tanggungjawab moral terhadap masyarakat apabila turut menyelitkan beberapa lagu bermesej kepada peminatnya.

Lagu seperti Malaysia Maju dan Askar (Biar Putih Tulang) dianggap sebagai alternatif kumpulan ini dalam memperlihatkan keprihatinan mereka terhadap negara tercinta.

''Siapa kata lagu rancak dan underground seperti kami tidak bermesej. Kami tetap menampilkan mesej tetapi ia mengikut cara kami, '' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.