saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/09/1998

KL '98 penuh gemilang -- Perasmian bersejarah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia


KONTINJEN Malaysia dengan atlet lelaki berpakaian baju Melayu serta bersongkok sementara atlet wanita berbaju kebaya melangkah bergaya sewaktu upacara perbarisan pada upacara perasmian Sukan Komanwel XVI di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sukan Komanwel XVI (KL '98) dibuka rasmi dalam upacara gilang-gemilang dan bersejarah oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja'afar di hadapan kira-kira 100,000 penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Tembakan meriam 16 das dilepaskan bagi menandakan pembukaan rasmi temasya sukan kedua terbesar dunia yang akan berlangsung hingga 21 September ini.

Upacara penuh warna-warni itu disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dan disifatkan terbaik dalam sejarah penganjuran sukan tersebut. Temasya itu juga mencipta sejarah baru dengan penyertaan kontinjen terbanyak.

Malaysia yang muncul sebagai negara Asia pertama menjadi tuan rumah temasya itu turut membuktikan keupayaannnya untuk menjadi tuan rumah walaupun masih menghadapi kegawatan ekonomi.

Upacara malam ini turut mengetengahkan keunikan seni budaya berbilang kaum negara ini yang dipersembahkan dalam formasi sungguh menarik.

KL'98 juga disifatkan temasya bersejarah sejak dimulakan pada 1930 dengan nama asal Sukan Empayar Britain dan kemudiannya ditukar kepada Sukan Komanwel pada 1978.

Dalam tempoh 68 tahun sejak ia diperkenalkan, penyertaan terbanyak 70 negara dengan lebih 6,000 atlet mencatat rekod baru buat temasya ini selepas kali terakhir di Victoria, Kanada pada 1994.

KL '98 mempertandingkan 15 acara sukan iaitu olahraga, akuatik, badminton, tinju, lumba basikal, gimnastik, boling padang, menembak, skuasy, angkat berat, tenpin boling, serta acara berpasukan yang pertama kali diperkenalkan, kriket, hoki lelaki dan wanita, bolajaring dan ragbi.

Upacara gilang-gemilang di stadium tercanggih itu, turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Putera Edward, Pengerusi CGF, Michael Fennel, Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tetamu-tetamu kehormat.

Acara dimulakan dengan perbarisan kawalan kehormatan, diikuti perbarisan masuk kontinjen negara-negara peserta yang didahului Kanada selaku tuan rumah temasya sebelum ini.

Pertunjukan kebudayaan bertemakan Selamat Datang Anda dan Semuanya menyusul, diikuti persembahan tarian oleh 2,000 penari dengan gabungan formasi flora dan fauna sebagai mencerminkan kekayaan dan keindahan bumi Malaysia.

Putera Ratu Elizabeth II, Putera Edward turut membacakan perutusan bondanya pada upacara itu. Perutusan itu dibawa keluar dari Baton Ratu yang telah dibawa merentasi negara-negara Komanwel di enam benua dan diarak ke seluruh negeri di Malaysia, sebelum dibawa masuk ke Stadium Nasional untuk majlis perasmian itu.

Selain itu, persembahan grafik manusia oleh 4,840 anggota Soka Gakkai Malaysia (SGM) yang menggunakan 16 keping kad warna untuk membentuk 287 grafik bermacam corak dan perkataan, berjaya memikat perhatian penonton.

Persembahan artis-artis tempatan bersama dendangan lagu utama Standing In The Eyes of The World hasil gubahan komposer terkenal, David Gates turut memeriahkan upacara itu.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.