saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/09/1998

Amelina - hubungan saya dengan Iwan sudah tamat


AMELINA... mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan ini.


NAMPAKNYA kisah sensasi hubungan cinta pasangan artis tanah air belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Sebaliknya sudah menjangkit kepada artis lain.

Selepas kita mendengar kisah Amelina dengan Iwan, kita dikejutkan dengan desas-desus perpisahan antara Erra Fazira dengan Awie.

Sedang kisah dua penyanyi ini menyemarakkan suasana dan tenggelam dengan cerita Amelina buat sementara, kini sana sini berita kembali hangat dengan kisah Amelina yang kononnya sudah putus dengan Iwan.

Ketika mengunjungi ibu pejabat Utusan baru-baru ini, wajah penyanyi yang cukup popular dengan lagu Rindu Ah..Ah..Ah ini begitu sugul sekali.

Nyata, dia masih bersedih dengan apa yang menimpa dirinya. Malah ketika berbual dengannya juga, sesekali air mata mengalir dari kelopak matanya.

Kata Amelina, sememangnya sudah sah bahawa dia kini tidak mempunyai sebarang ikatan dengan Iwan.

"Cukuplah dengan apa saya lalui dengannya lebih tiga tahun.

Bermula dari saat keluarga tidak merestui hubungan kami sehinggalah saya berusaha memulihkan kepercayaan keluarga.

"Bagaimanapun, hasilnya saya yang terpaksa menanggung segala-galanya. Biarpun begitu saya bersyukur dan percaya bahawa mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan ini,'' demikian kata Amelina yang cukup sensitif kebelakangan bila ditanya mengenai kisah cintanya.

Bagaimanapun, kerana ingin memenuhi kehendak Pancaindera serta mahu peminatnya mendapat penjelasan, dia bersedia juga untuk menceritakan apa yang terbuku di hatinya selama ini.

Kata penyanyi kelahiran Nilai, Negeri Sembilan ini, dia amat terkilan dengan tindak-tanduk Iwan kebelakangan ini yang banyak menyentuh perasaannya.

Sebagai wanita, dia sememangnya tidak percaya bahawa lelaki yang pernah bertakhta di hatinya sanggup melukakan hatinya. "Sememangnya sebelum ini banyak terjadi perselisihan faham antara kami berdua, tetapi tidak sangka pula ia berpanjangan sehingga menemui penghujungnya.

"Dalam hal ini juga, saya terpaksa menerima hakikat bahawa antara kami tidak lagi sehaluan dan jalan terbaik adalah melalui perpisahan,'' katanya lagi.

Ditanya bagaimana punca perpisahan antara kedua mereka, Amelina berkata, segala-galanya bermula selepas dia bergambar dengan artis Norman Hakim untuk sebuah majalah hiburan.

"Saya sendiri tidak faham mengapa sampai ke tahap itu, dia menyimpan rasa cemburu sedangkan antara saya dengan Norman Hakim tidak menyimpan sebarang perasaan,'' jelasnya.

Menurut Amelina lagi, perpisahan ini juga terjadi selepas dia sendiri sudah tidak mempunyai sedikit bersabar pun dengan kerenah Iwan. Ditanya bagaimana perasaan keluarganya pula, Amelina berkata, dia bersyukur kerana ibu serta ayahnya banyak memberi galakan untuk memulihkan kembali semangat dalam dirinya.

"Begitu juga dengan rakan-rakan terutamanya pengurus saya Ogie yang sentiasa berada di belakang saya ketika saya dalam keadaan bersedih,'' katanya yang hadir bersama pengurusnya pada petang itu.

Mengenai urusan penerbitan albumnya yang selama ini banyak menggunakan khidmat Iwan pula, Amelina berkata, dia menyerahkan urusan tersebut kepada syarikat rakaman untuk menentukannya.

Sebagai cara untuk melupakan kenangan pahit itu pula, Amelina berkata, buat masa sekarang dia lebih selesa memberikan perhatian kepada profesionnya.

Kata Amelina, dia juga bersyukur kerana kebelakangan ini banyak tawaran mengadakan persembahan pentas yang diterimanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.