saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/09/1998

Lelaki Pakistan yang diliwat Anwar dihukum penjara

KUALA LUMPUR, 19 Sept - Seorang rakyat Pakistan Dr Munawar A. Anees hari ini dihukum penjara enam bulan setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya.

Mahkamah sesyen memerintahkan Munawar, 51, seorang perunding dengan syarikat Real Mild Sdn Bhd, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap semalam.

Munawar, yang mempunyai taraf pemastautin tetap di Malaysia dan Amerika Syarikat, mengaku bersalah terhadap tuduhan berikut:

''Bahawa kamu dalam bulan Mac 1993 pada sebelah malam di No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam jubur kamu dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.''

No. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, ialah kediaman persendirian Anwar. Beliau berpindah ke rumahnya itu selepas dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 Sept atas dakwaan salahlaku seksual.

Beliau dipecat dari Umno sehari selepas itu.

Dalam satu ceramah kepada penyokongnya empat hari lepas, Anwar menyifatkan Munawar sebagai seorang ''rakan.''

Munawar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari Selasa. - Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.