saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 20/09/1998

Sukma bertaubat nasuha setelah menyedari silap

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sukma Darmawan Sasmitaat Madja membuat pengakuan bersalah melakukan perbuatan meliwat dengan abang angkatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah menyedari kesilapan yang dia lakukan pada masa lepas.

Peguam Mohamed Noor Don yang mewakili Sukma ketika merayu hukuman ringan ke atas pemilik butik itu memberitahu, Sukma telah bertaubat nasuha dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Indonesia itu mengaku salah membenarkan Anwar ''memasukkan zakar ke dalam duburnya'' di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Menurut peguamnya, Sukma memberitahu bahawa perbuatan yang 'tidak elok' itu berputik dari mula-mula lagi semasa Sukma dengan ibu bapanya datang ke Malaysia dan tinggal di rumah Datuk Ibrahim Abdul Rahman, iaitu bapa Anwar.

Oleh kerana rumah yang terletak di Petaling Jaya itu kecil, Sukma tinggal sebilik dengan Anwar. Ketika itu Sukma berusia 14 tahun.

''Saya pun rasa malu hendak membaca (menyebutkan apa yang berlaku),'' kata Mohamed Noor.

Mohamed Noor menceritakan bagaimana Sukma terhutang budi dengan Anwar.

Kerana pertolongan dan sokongan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, dia berjaya memperoleh sijil kerakyatan Malaysia tahun lalu.

Kata beliau, pujuk rayu dan rasa terpengaruh menjadikan perbuatan itu berkekalan sehinggalah ke tarikh Sukma didakwa di mahkamah hari ini.

Mohamed Noor juga berkata, jelas bahawa daripada pengakuannya, Sukma hanya pasif dalam hubungan seks di luar tabii itu.

Sukma yang sentiasa menundukkan muka setelah dibawa masuk ke mahkamah kelihatan sedih ketika Mohamed Noor mengemukakan rayuan supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Dia tenang semasa hukuman terhadapnya dijatuhkan dan juga sepanjang prosiding pendakwaan dijalankan.

Begitu juga semasa ditempatkan dalam lokap mahkamah, Sukma hanya mendiamkan diri dan tidak pula mempedulikan keadaan yang berlaku ketika mahkamah ditangguhkan beberapa kali.

Penampilan Sukma dilihat lebih terurus dan berbeza dengan lain-lain orang tahanan walaupun dia telah ditahan reman selama dua minggu.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.