saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/09/1998

Kuala Lumpur '98 persembahan kesenian unik dan kreatif


SITI NURHALIZA.


Persembahan yang mengabungkan nyanyian, muzik dan kesenian telah dikoreografkan mengikut konsep dan cita rasa yang bertolak daripada manifestasi Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) Ia mengetengahkan budaya Melayu sebagai teras Kebudayaan Kebangsaan dan tentunya suatu yang cukup bermakna apabila diketengahkan dalam temasya penutup sukan yang bertaraf dunia ini. Persembahan ini disiarkan ke hampir seluruh dunia menerusi wakil media elektronik yang membuat liputan Kuala Lumpur '98.

Acara itu bukanlah meriah kerana kehadiran Queen Elizabeth II tetapi acara persembahan yang memancarkan nilai kesenian tempatan ke luar negara yang membawa manifestasi budaya negara ini. Pemilihan lagu, muzik dan kesenian tradisi dibuat dengan cukup berhati-hati dan menepati konsep sebuah persembahan bertaraf dunia.

Ternyata Kuala Lumpur '98 bukan sahaja memperlihatkan saingan hebat daripada atlet negara yang berjaya merangkul 10 pingat emas tetapi juga kehebatan artis tempatan yang menggunakan landasan muzik untuk mengutarakan nilai pemikiran masyarakat tempatan.

Persembahan malam kelmarin memperlihatkan keyakinan untuk menghidangkan suatu yang berteraskan tempatan kepada masyarakat di peringkat antarabangsa.

Ini sebenarnya satu keyakinan baru untuk menjengah ke dunia antarabangsa dengan wajah dan budaya tempatan. Persembahan ini sebenarnya satu mercu tanda bagi membawa apa sahaja yang berlabel tempatan ke peringkat antarabangsa.

Seperti kata pengarah muzik acara pembukaan dan penutup Kuala Lumpur '98, Shuhaimi Mohd. Zain, persembahan artis tempatan perlu menampilkan keistimewaan yang tersendiri.

Bertolak daripada keinginan supaya peluang ini dimanfaatkan sebaiknya, persembahan artis untuk acara utama pada malam penutup KL '98 turut memaparkan elemen kebudayaan tempatan.

Di hadapan lebih 100,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan disaksikan tetamu kehormat Ratu Elizabeth II, lagu-lagu berirama Malaysia dan persembahan bercorak kebudayaan dipamerkan.

Ia bukan sahaja menggegar rasa mereka yang berada di stadium tersebut malahan seluruh rakyat di negara ini wajar berbangga kerana kita mempunyai khazanah seni yang amat tinggi nilainya.

Penglibatan sebagai penyanyi di dalam sebarang acara hiburan sempena Kuala Lumpur '98 juga mungkin hanya sekali seumur hidup mereka dan akan menjadi kenangan paling manis kepada artis yang terlibat.

Pentas yang dipilih penganjur adalah berbentuk rebana ubi dengan latar belakang bangunan antik Sultan Abdul Samad yang menjadi simbol Kuala Lumpur.

Penyanyi Jay Jay memulakan acara de-ngan lagu berirama Malaysia, Joget Angan Tak Sudah.

Dengan memakai baju Melayu, bersongkok dan berselendang di bahu, persembahan Jay Jay turut diiringi oleh penari yang berpakaian pelbagai kaum di negara ini.

Persembahan diteruskan dengan persembahan khas Hello Manchester selama 15 minit.

Segmen penuh dramatik ini ini menampilkan jaguh bola sepak kelab Manchester, Bobby Charleston yang tampil dipentas di tengah padang stadium dengan pesanan sebagai tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 2002.

Penyanyi Siti Nurhaliza juga muncul de-ngan lagu berirama tradisional, Cindai. Persembahan penyanyi ini bukan sahaja diiringi penari di pentas utama tetapi juga oleh empat kumpulan penari di tengah padang stadium berkenaan.

Persembahan Noraniza Idris dengan lagu berentak dikir barat iaitu salah satu muzik tradisional Melayu di pantai timur mendapat perhatian daripada penonton yang memenuhi stadium.

Dengan lagu Dikir Puteri yang sebahagian liriknya ditukar ke bahasa Inggeris mungkin lebih mengesankan terutamanya kepada atlet dan tetamu luar yang turut menyaksikan persembahan ini. Turut menjayakan persembahan ini ialah penyanyi rock Amy dan Saleem.

Ternyata persembahan acara penutup Kuala Lumpur '98 tetap meriah, bermakna dan menyampaikan mesej penting kepada dunia sekalipun tanpa penyanyi popular yang ura-ura di dibawa menjayakan acara ini.

Kumpulan Corrs dari Ireland dan Donna Lewis diberi peluang muncul dalam persembahan ini tetapi yang menjadi tarikan dan ukuran persembahan ini bukan mereka sebaliknya artis-artis tempatan yang menjurus kepada konsep yang telah digariskan dari awal lagi.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.