saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 24/09/1998

Malakoff ramal pulangan RM190j


RAMLI Ngah Talib (kanan) bertukar dokumen dengan Ghazali Che Mat di majlis menandatangani projek menambak pantai Lekir untuk janakuasa elektrik di Ipoh, semalam.


IPOH 23 Sept. - Malakoff Bhd., meramalkan pulangan RM190 juta daripada kerja-kerja tebus guna laut di Lekir dekat Setiawan bagi projek janakuasa elektrik arang batu Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Ketua Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu, ketika ini kerja-kerja fasa pertama projek itu, membabitkan kawasan seluas 400 hektar, hampir siap dilaksanakan.

Menurutnya, kerja-kerja fizikal projek itu dijadual bermula awal tahun depan dan keseluruhan projek, yang mengandungi tiga fasa membabitkan kawasan seluas 8,000 hektar, dijangka siap dalam tempoh 20 tahun.

''Kita menjangka mendapat pulangan RM190 juta sebaik sahaja projek janakuasa elektrik itu beroperasi dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi,'' katanya.

Ahmad Jauhari bercakap kepada pemberita selepas upacara menandatangani projek persisiran pantai Lekir itu antara Malakoff dan kerajaan negeri di sini, hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib menandatangani perjanjian itu bagi pihak kerajaan negeri manakala Malakoff diwakili Pengerusinya, Jen. (B) Tan Sri Mohd. Ghazali Che Mat.

Projek tebus guna laut itu dilaksanakan oleh Desa Kilat Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama antara sekumpulan syarikat termasuk Malakoff (54 peratus), Gantang Sakti (20 peratus) serta Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Halim Rasip Holdings (26 peratus).

Fasa pertama projek itu membabitkan pembentukan pulau seluas 326 hektar yang akan digunakan oleh TNB Janamanjung Sdn. Bhd. (TNBJ), sebuah anak syarikat milik penuh TNB, untuk pembinaan projek janakuasa elektrik arang batu.

Pulau buatan manusia itu juga akan digunakan oleh Lekir Bulk Terminal Sdn. Bhd. untuk membina terminal kapal bagi menyimpan arang batu.

Ahmad Jauhari berkata, meskipun pelaksanaan projek itu agak lembap berikutan krisis ekonomi sekarang namun Desa Kilat berharap ia dapat diserahkan kepada TNBJ secepat mungkin.

''TNB sedang meneliti projek ini dan kita berharap urusan perjanjian jual beli kawasan itu dengan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi,'' katanya.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, Perak yang kini menghasilkan 1,303 megawatt elektrik menerusi Stesen Janakuasa Segari akan berupaya menambah sebanyak 2,158 megawatt lagi menerusi stesen janakuasa baru yang menelan belanja RM6 bilion itu apabila siap sepenuhnya menjelang tahun 2002.

Menurutnya, jumlah itu akan menjadikan Perak sebagai negeri pengeluar tenaga elektrik utama di negara ini.

''Projek ini turut memberi peluang pekerjaan kepada ramai penduduk di negeri ini selain kerajaan negeri akan mendapat tanah baru seluas 400 hektar yang akan membolehkan kerajaan mengutip cukai tanah setiap tahun,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.