saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/10/1998

Rabbani berazam terus berdakwah dengan nyanyian

Album pertama mereka yang bertajuk, Rabbani terjual lebih 90 ribu unit dan melayakkan kumpulan tersebut menerima anugerah platinum baru-baru ini.

Begitu juga dengan album kedua Rabbani yang dipasarkan sejak awal tahun lalu, Arah Dari Mana... Ke Mana? menampilkan lagu-lagu menarik yang mempunyai mesej tersendiri dan mengajak pendengar menghayati kebesaran Tuhan.

Selain itu Rabbani juga melahirkan album secara nyanyian dengan pendakwah terkenal Yusuf Islam dan sebuah kumpulan nasyid kontemporari, Harakat Madani.

Kumpulan tersebut juga akan melahirkan album solo ketiga mereka tidak lama lagi yang turut menampilkan pelbagai pembaharuan.

Biarpun cuba melakukan pembaharuan dalam muzik, kata Rabbani, mereka tidak akan meminggir mesej dakwah yang menjadi tunjang kepada irama mereka.

Namun di sebalik setiap agenda tersebut, Rabbani sendiri tidak pernah lupa untuk membina masa depan mereka dengan merancang pelbagai program.

Kini Rabbani sudah berjaya membuka sebuah syarikat mereka sendiri, Rabbani Production yang mengusahakan pelbagai jenis perniagaan berkaitan.

Sebagai pengedar pelbagai barangan seperti pakaian dan cenderahati.

Menurut penyanyi utama Rabbani, Asri Ibrahim usaha tersebut merupakan sebahagian kecil daripada perancangan mereka.

Asri dan rakan-rakannya juga menyimpan hasrat untuk meluaskan agenda syarikat mereka dengan memasarkan barangan makanan dan minuman daripada jenama mereka, Rabbani.

''Insya-Allah, bila ada rezeki yang lebih kami akan mengusahakan perniagaan itu pula,'' kata Asri.

Kumpulan Rabbani dianggotai oleh 13 anak muda yang mempunyai wawasan yang cukup besar iaitu memperjuangkan muzik dakwah.

Rabbani yang cukup dikenali sebagai kumpulan yang mempunyai anggota paling ramai itu juga mahu mendidik dan membimbing masyarakat melalui lagu-lagu mereka .- JAM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.