saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/10/1998

Album dangdut masih laris


AMELINA


Pengarah A&R Warner Music, Nassier Abu Kassim berkata, sambutan peminat terhadap album dangdut yang dikeluarkan oleh syarikat itu membuktikan masa depan yang cerah bagi dangdut.

Album Puteri Dangdut yang mencatat jualan melebihi 200,000 unit melayakkan penyanyi dan penerbit album tersebut menerima anugerah platinun berkembar empat.

''Kejayaan album Puteri Dangdut membuktikan peminat lagu dangdut masih banyak dan lagu sedemikian masih diterima,'' katanya ketika menyampaikan anugerah kepada Amelina, Eva, Iwan dan Roslan Mamat di Taman Buaya, Melaka baru-baru ini.

Pada majlis yang sama pihak Warner turut melancarkan album Puteri Dangdut 2 yang memuatkan lagu-lagu nyanyian Amelina, Eva, Mas Idayu, Ani Maiyuni, Ifa Raziah,Intan dan beberapa penyanyi wanita lain.

Walaupun baru dilancarkan, album tersebut telah mencatatkan jualan melebihi 50,000 unit, kata Nassier yang menjangka album itu mampu terjual lebih banyak dari masa ke semasa.

''Dalam keadaan sekarang album pop yang dihasilkan oleh penyanyi terkenal tidak mampu mencatat jualan setinggi itu,'' tegas Nassier yang yakin album dangdut akan terus segar.

Amelina yang digelar Ratu Dangdut 90-an yakin lagu danghdut akan terus segar dari masa ke semasa. Malah dia kini dalam persiapan untuk muncul dengan album terbaru yang memuatkan lagu dangdut versi bahasa Inggeris.

''Lagu dangdut mempunyai konsep yang tersendiri dan tidak terpengaruh dengan muzik dari barat,'' katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.