saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 16/10/1998

Abd. Rahman dipilih

JURULATIH Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak kebangsaan yang antara lain berperanan membentuk pasukan mantap menghadapi persaingan Sukan SEA 2001.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, Abdul Rahman akan memikul tanggungjawab itu dalam tempoh dua tahun.

Katanya, perlantikan Abdul Rahman berdasarkan prestasi membanggakan semasa bersama Perlis musim lalu dan musim ini berjaya membawa Terengganu ke dalam kelompok elit Piala Malaysia.

Abdul Rahman juga sebenarnya tidak asing dalam skuad kebangsaan setelah pernah menjadi penolong jurulatih kepada Karl Weigang pada awal tahun 80'an.

Di samping itu dia turut menjadi penolong jurulatih kebangsaan kepada Josef Venglos pada tahun 1986 bersama M. Chandran pada tahun 1987 di Jakarta, Indonesia.

''Kita rasakan dia layak,'' katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Ahmad Shah menerima kunjungan hormat Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah di Istana Abu Bakar, Pekan semalam.

Menurutnya, Abdul Rahman yang bersetuju secara dasar perlantikan itu akan mula menjalankan tugasnya selepas tamatnya persaingan Piala Malaysia musim ini.

Beliau menambah, jurulatih itu akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pemilihan Pemain untuk memilih senarai pemain terbaik dalam skuad kebangsaan nanti.

Katanya, FAM tidak berminat melantik jurulatih asing melatih skuad kebangasan kerana kebanyakannya sering menimbulkan masalah seperti merungut kesuntukan masa memilih pemain berbakat dan mahukan kawalan sepenuhnya.

Dengan adanya jurulatih tempatan, kata Tengku Abdullah, pemilihan pemain akan menjadi lebih mudah kerana mereka sudah tahu mana-mana pemain yang baik.

''Ini dapat elakkan kita daripada membuang masa,'' jelasnya sambil berharap skuad itu nanti dapat mengembalikan imej dan kegemilangan bola sepak tanah air yang kini sering menjadi lemparan kritikan.

Tengku Abdullah turut berharap semua pihak khususnya peminat bola sepak bersabar kerana FAM telah bersungguh-sungguh mengatur pelbagai program dan pendekatan memantapkan skuad bola sepak negara.

''Tapi apakan daya ia tidak cukup, saya harap pemain (skuad kebangsaan) boleh membuktikan kritikan sebelum ini adalah salah,'' ujarnya.

Menyentuh mengenai status skuad Olimpik sekarang, Tengku Abdullah berkata, skuad itu belum sampai ke tahap yang diharapkan.

Katanya, pasukan baru yang matang dan mantap dibarisi pemain berpengalaman perlu dibentuk manakala skuad Olimpik akan diberi pendedahan lebih luas termasuk menyertai pertandingan di luar negara.

Jelas beliau, ciri umur skuad kebangsaan yang dihadkan antara 23 dan 25 tahun adalah bersifat anjal di mana pemain berumur lebih daripada itu boleh dipilih.

''Kita tengoklah, boleh juga umur 26 dan 27 tahun, kita perlukan juga pemain berpengalaman dan berpotensi,'' ujarnya.

Sementara itu di Terengganu, RADHUAN HUSSAIN melaporkan, Abdul Rahman ketika dihubungi di rumahnya di Kuala Terengganu semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pelantikannnya.

Jurulatih tersebut yang seolah-olah tersentak dengan panggilan telefon itu dengan layanan dingin menjawab, beliau tidak tahu menahu berhubung pelantikan beliau sebagai jurulatih pasukan kebangsaan.

''Bila saya dilantik ?... mana ada (pelantikan), malah saya ada di sini (Kuala Terengganu),'' katanya ringkas.

Oleh: ZULKIFLI HAMZAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.