saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/10/1998

Scoin bangga dapat bimbingan Eddie Hamid

Eddie juga dikenali sebagai seorang yang bijak menamakan kumpulan-kumpulan muzik. Terbaru dia menamakan kumpulan yang dianggotai oleh lima orang anak muda dengan nama Scoin. Scoin! Pastinya nama itu akan menimbulkan satu pertanyaan di kalangan peminat seni.

Mungkin nama itu pelik bagi kita tetapi tidak bagi Riduan Manan atau nama panggilan One yang juga penyanyi kumpulan itu, Fazrik Ismail (Boy - pemain gitar bass), Amar Faizal (Amar - pemain gitar), Zairulhisham Rahaizat (Sham - pemain gitar) dan Mohd. Hanif Khalid (Anep - pemain deram).

Bagi mereka Scoin punya keistimewaannya sendiri. Berasal daripada perkataan coin (wang syiling) nama itu diharapkan akan terus berkembang seperti mana wang yang boleh berkembang dari sekecil nilai satu sen sehingga sebesar-besarnya.

''Bagi orang lain ia mungkin pelik tetapi bagi kami ia punya keistimewaan tersendiri. Nama ini juga punya nilai komersialnya di mana ia mudah membuatkan orang mengingatinya,'' ujar kelima-lima mereka.

Kesemua anggota kumpulan berusia 18 tahun, berasal dari Kuala Lumpur dan sama-sama bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di ibu negara. Mereka juga tinggal berdekatan antara satu sama lain.

Kata mereka, inilah kelebihan yang ada pada kumpulan Scoin dan mungkin tidak ada pada orang lain.

''Bukan senang nak berkumpul kalau masing-masing tinggal jauh. Oleh itu, inilah kelebihan yang ada pada kumpulan kami, dan kami rasakan mampu mewujudkan satu team work yang baik,'' kata Scoin, artis syarikat rakaman FMC Music.

Menyentuh mengenai kemunculan mereka sebagai artis rakaman, Scoin mengakui bukan mudah untuk mereka mendapat peluang sebegini.

Namun berkat, bakat dan kelebihan yang ada mereka berjaya melepasi uji bakat yang dianjurkan oleh FMC dan seterusnya dilamar sebagai artis.

Lebih membanggakan mereka ialah apabila mereka juga diberi kesempatan merakamkan album di bawah bimbingan Eddie Hamid, yang disifatkan oleh mereka sebagai komposer yang berpengaruh kebelakangan ini.

''Mana tahu rezeki kami pula selepas ini. Bila sebut nama Eddie Hamid sahaja ramai yang bersetuju kalau dikatakan ia mampu 'meletupkan' industri muzik. Lihat sahaja beberapa contoh yang ada.

''Kami tidak ketinggalan ingin sama merasai tempiasnya,'' ujar kelima-lima mereka lagi.

Untuk album sulung Scoin, Eddie Hamid yang berganding bahu dengan Man Toba sekali lagi menggunakan perkataan rindu sebagai resipinya untuk melariskan album kumpulan itu.

Rindu Rinduan Jadi Kenangan dipilih sebagai judul album Scoin yang sudahpun berada di pasaran. Selain lagu itu yang menjadi tajuk album, Scoin turut mempertaruhkan lagu-lagu seperti Kau Suka Aku Pun Suka, Cinta Membara Rindu Memaksa, Kita Ini Boneka dan lain-lain lagi. - DEAN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.