saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/10/1998

Aziz yakin filem Senario berjaya


AZIZ M. OSMAN.


Pengarah Aziz M. Osman yakin filem Senario The Movie arahannya akan mendapat sambutan hangat apabila ditayangkan pada Mac tahun depan.

Keyakinan Aziz ini disuarakan pada majlis pelancaran filem tersebut di Finas, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Aziz, kombinasi kumpulan Senario dan A.R Badul yang merupakan pelawak terkenal sekitar tahun 80-an pasti akan membuahkan hasil membanggakan.

''Saya berani jamin 95 peratus bahawa filem ini akan mendapat ''box-office','' kata Aziz.

Menurut Aziz lagi , Senario The Movie dianggap merayakan zaman komedi tempatan kerana turut membariskan pelakon-pelakon komedi terkenal suatu ketika dahulu termasuk Hamid Gurkha dan Yahya Sulong.

Penampilan pelakon itu dianggap sebagai satu penghormatan kepada mereka yang pernah mengharumkan bidang lawak di negara ini.

''Walaupun penampilan mereka di dalam beberapa babak sahaja, namun penyertaan para pelakon itu dipercayai dapat membantu menarik perhatian penonton.

''Saya juga berbangga kerana mereka berminat untuk sama-sama terlibat di dalam filem itu tanpa banyak masalah,'' jelas Aziz.

Filem ini yang telah memulakan penggambaran pada 28 September lalu dianggap cabaran baru kepada pengarah ini yang buat pertama kalinya tampil dengan filem yang dikelaskan sebagai komedi.

Jika sebelum ini, Aziz hanya menjadikan unsur komedi sebagai daya tarikan sampingan di dalam filem arahannya, keadaan berbeza kerana Senario The Movie menampilkan komedi secara menyeluruh.

Filem ini diterbitkan oleh Grand Brilliance dan Paradigm Filem.

Ketika kegawatan ekonomi ini, Aziz memberitahu, pembikin filem harus tahu mengenal selera peminat dan menghasilkan filem-filem ringan agar tidak menanggung kerugian.

Menurutnya, pembikinan Senario The Movie adalah tepat pada masanya apatah lagi kumpulan Senario merupakan artis paling popular dewasa ini.

Penampilan anggota kumpulan Senario, Mazlan Pet-Pet, Wahid, Azlee dan Apek dianggap boleh diterima di semua peringkat dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Filem itu menelan belanja sebanyak RM700,000 dan kos tersebut dianggap sebagai sesuai untuk menghasilkan filem dalam musim kegawatan ini.

''Sekarang masanya untuk kita bekerja dalam segala kekurangan. Segawat mana sekalipun ekonomi negara, orang filem seperti saya perlu mempertahankan industri ini agar terus bernafas.

''Kerana itu saya berani mengambil risiko membuat filem walaupun dalam keadaan gawat,'' ujarnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.