saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 22/10/1998

Orang Asli buktikan keperwiraan dalam tentera


JEN. MOHD ZAHIDI Zainuddin (kanan) bertanya sesuatu kepada seorang anggota Orang Asli 91 RKPT di Kem Changkat, Batu Gajah, Perak dalam lawatan baru-baru ini.


Usaha pasukan keselamatan membasmi ancaman itu ialah dengan pelbagai cara yang difikirkan sesuai dengan keadaan keselamatan dan ancaman setempat.

Antaranya ialah pengambilan Orang Asli dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), kerana kebolehan mereka tidak seharusnya diperkecilkan.

Kehadiran mereka dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah antara sebab utama kemerosotan pengganas komunis, kerana kemahiran mereka yang luar biasa di samping berupaya mempengaruhi Orang Asli lain supaya menyokong pasukan keselamatan.

Orang Asli ini diambil dalam pelbagai unit yang antaranya ialah dalam 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT).

Sejarah 91 RKPT bermula pada tahun 1972 dengan nama Pasukan Khas Perisikan Tempur (PKPT) dan unit itu ditempatkan di daerah-daerah yang dianggap sensitif bagi mengesan dan mencari maklumat kegiatan militan pengganas komunis.

Sejajar dengan perkembangan ATM, PKPT turut disusun semula untuk menampung keperluan operasi yang semakin meningkat ketika itu dan pada Januari 1983, PKPT diperbesarkan dan diberi nama baru sebagai 91 RKPT.

Sejak penubuhannya itu, para anggota rejimen itu berupaya membuktikan bahawa penubuhan 91 RKPT bukan suatu yang membazirkan kerana sebanyak 20 pengganas komunis dibunuh di samping sejumlah besar tempat simpanan senjata dan makanan dimusnahkan.

91 RKPT merupakan pasukan kebanggaan TDM dan Kor Risik Diraja kerana keupayaannya melaksanakan sesuatu misi dengan pantas dan berkesan.

Elemen menarik dan penting ialah keanggotaannya yang terdiri daripada sejumlah Orang Asli yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam menjelajah hutan.

Pengganas komunis ketika itu sentiasa mencari jalan untuk meneruskan kegiatan mereka di kawasan pinggir hutan dengan bergantung kepada sokongan Orang Asli serta pembalak untuk mendapatkan bantuan makanan.

Oleh itu tugas anggota tentera Orang Asli ini ialah mempengaruhi kalangan Orang Asli agar menyokong pihak pasukan keselamatan untuk membanteras anasir tersebut.

Atas kemahiran yang ada pada merekalah, kejayaan demi kejayaan dicapai oleh TDM dan 91 RKPT ini amnya.

Baru-baru ini, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohd Zahidi Zainuddin telah melakukan lawatan rasmi ke rejimen itu yang berpangkalan di Kem Changkat, Batu Gajah, Perak, untuk melihat sendiri kesiapsiagaan para pegawai dan anggotanya.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Staf Perisikan Pertahanan, Brigdier Jeneral Wan Abu Bakar Omar serta Panglima 2 Briged, Brigdier Jeneral Mohd Raih Ismail bersama para pegawai kanan 91 RKPT.

Selepas majlis taklimat, Mohd Zahidi telah dibawa melihat projek tanaman hidroponik dan muzium RPKT.

Kemuncak lawatan ialah demonstrasi unit Pengiring Orang Kenamaan. Pasukan itu menunjukkan kebolehan mereka menangani musuh dari depan, memperlihatkan kecekapan pemandu kenderaan orang kenamaan yang diserang dari arah hadapan dan juga bagaimana mereka bertindak apabila kenderaan diserang oleh penembak curi.

Mohd Zahidi juga berkesempatan berbual dan mengenali lebih dekat pada anggota Orang Asli dalam 91 RKPT serta mengadakan dialog dengan semua anggota rejimen.

Berdasarkan catatan sejarah, rejimen ini boleh berbangga dengan kejayaan mereka membanteras pengganas komunis kerana antaranya ialah penganugerahan seorang anggotanya dengan Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) dan tiga anggotanya yang lain dengan Bintang Panglima Gagah Berani (PGB).

Oleh: MEJAR SULEIMAN MOIDEEN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.