saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/10/1998

Chebli cerahkan peluang Terengganu untuk mara

DUA gol jaringan penyerang import dari Liberia, Samuel Chebli mencerahkan peluang Terengganu untuk mara ke separuh akhir apabila menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam, lapor YUSRI SAHAT.

Sebaliknya Kedah, yang mengalami kekalahan ketiga berturut-turut di gelanggang sendiri menutup peluangnya untuk mara.

Begitupun, Terengganu terpaksa turun seketika di tangga kedua dalam kumpulan A selepas Negeri Sembilan menjinakkan Pulau Pinang 4-1 di Seremban.

Babak awal permainan menyaksikan Terengganu lebih banyak menguasai permainan sekalipun bermain di hadapan kira-kira 2,000 penyokong setia Kedah.

Kedah yang bagaikan Kenari kepatahan sayap seringkali menghadapi saat-saat getir di kubu pertahanannya apabila kombinasi penyerang import Terengganu, Chebli dan Seidu Issifu bertali arus menggugat pertahanan Kedah.

Kedah pula sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada S. Ragesh yang bekerja keras menjaga gawang walaupun kecundang dua kali pada minit ke-28 dan 74.

Kedah hanya memperoleh satu peluang terbaik untuk mengekang kemaraan Terengganu pada minit ke-20 menerusi tandukan kencang Mohd. Farouk Ismail hasil sepakan penjuru Radhi Mat Din, terkena palang.

Terengganu melakukan percubaan buat pertama kalinya bagi menguji kecekapan S. Ragesh pada minit ketujuh dengan melakukan larian solo ke arah gawang namun sepakan kencangnya sekadar melepasi palang.

Tuan rumah membalas asakan pada minit ke-12 dengan satu sepakan kencang yang dilakukan oleh Zulfatah Dzulkarnain tetapi ditampan oleh penjaga gol, Zubir Ibrahim.

Penantian skuad Penyu yang dahagakan kemenangan itu terjawab juga selepas berjaya memecah kebuntuan untuk gol pertama menerusi Samuel Chebli pada minit ke-28.

Gol berpunca melalui satu sepakan lambung yang dilakukan oleh Rosdi Talib ke kawasan gawang bagi memberi ruang kepada Chebli menewaskan S. Ragesh melalui tandukan kencangnya.

Menyedari ketumpulan barisan serangan, jurulatih Kedah, Fisol Razak bertindak mengeluarkan Sariman Omar dan memasukkan bekas penyerang kebangsaan, Che Zambil Ahmad pada babak kedua.

Pasukan pelawat terus bertindak garang seawal babak kedua bermula menerusi penyerang, Issifu yang melakukan sepakan kencang kaki kirinya dari jarak 35 meter yang menggegarkan palang.

Kemasukan Che Zambil tidak memberi sebarang makna sebaliknya Kedah tambah nazak selepas gawangnya dibolosi buat kali kedua pada minit ke-74 oleh Chebli yang mendapat hantaran lintang dari pemain gantian, Mohd. Nazreen Tee.

Dengan permainan berbaki tujuh minit lagi, Kedah yang bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila Andre Luis Nascimento diarah keluar padang selepas mengkasari Zulharizam Awang.
KEDAH: S. Ragesh, Mohd. Sofi Md. Isa (Tan Gim Hong), Kane Mamadou Mariyam, Mohd. Farouk Ismail (Anuar Abdul Aziz), Cheah Kean Seng, Andre Luis Nascimento, Zulfatah Dzulkarnain, Mohd. Feriza Ismail, Rafiz Abu Bakar, Sariman Omar (Che Zambil Ahmad), Muhd. Radhi Mat Din.
TERENGGANU: Zubir Ibrahim, Zulharizam Awang (Mustaffa Kamal), Syamsol Mohd. Saad, Badrul Hisham Abdullah, Badrul Afzn Razali (Baharuddin Ali), Seidu Issifu, Samuel Chebli, W. Ahmad Ridzuan Hussein (Mohd. Nazreen Tee), Rosdi Talib, Jean Nyima, Mohd. Noor Derus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.