saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/11/1998

Nurhaliza dan Adnan kuasai juara lagu

Pertandingan Juara Lagu 98 yang bakal berlangsung 6 Disember ini menyaksikan persaingan hebat di antara penyanyi popular dan komposer dalam dunia muzik tempatan.

Sebagaimana format pertandingan lalu, sebanyak 12 buah lagu layak ke pertandingan akhir mewakili tiga kategoti iaitu pop rock, balada dan irama Malaysia.

Pertandingan yang berdasarkan lagu dalam siri pertandingan Muzik Muzik itu memperlihatkan penyanyi Siti Nurhaliza dan komposer Adnan Abu Hassan menguasai kejuaraan kali ini.

Mereka masing-masing bakal muncul dengan tiga buah lagu.

Siti Nurhaliza akan mempertadingan lagu Cindai (irama Malaysia), Wajah Kekasih (balada) dan Bisikan Asmara bagi kategori pop rock. Siti Nurhaliza juga muncul sebagai penyanyi pertama yang muncul dalam ketiga-tiga kategori di Juara Lagu.

Sementara itu tiga lagu ciptaan Adnan bersaing sesama sendiri dalam kategori balada. Lagu-lagu tersebut ialah Wajah Kekasih, Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim) dan Puncak Kasih (Ziana Zain). Sebuah lagi lagu dalam kategori balada iatu Juwita ciptaan Ajai yang dinyanyikan oleh Saleem.

Kesemua lagu terpilih berdasarkan persembahan di peringkat separuh akhir yang disiarkan secara langsung pada Isnin, Selasa dan Rabu lalu.

Juri yang bertanggungjawab membuat pemilihan ini terdiri daripada Wah Idris, Purnama Booty, Zubir Ali, Ramli Salleh dan Ooi Eow Jin.

Lagu-lagu lain yang turut dipertandingkan dalam kategori Irama Malasia ialah, Dikir Puteri ciptaan Suhaimi Mohd Zain (Noraniza Idris), Firasat (To'ki) dan Zapin Yang Tinggal (Ramlah Ram/ ciptaan Herman Tino).

Kategori pop rock pula turut dimeriahkan dengan kemunculan KOOL dengan lagu Satu Arah (ciptaan Zuraini Khalid), Anuar Zain dengan Bila Resah (ciptaan Aznul Haidi) dan Jay Jay membawakan lagu Joget Angan Tak Sudah ciptaannya sendiri.

Barisan lagu dan kemunculan penyanyi popular membuatkan pertandingan tersebut sengit. Malah penyanyi yang berjaya mengakui lagu dendangan mereka mendapat saingan sengit daripada lagu-lagu lain.

''Saya fikir banyak lagu baik yang muncul dan pertandingan kali ini sukar untuk diramalkan,'' kata Ziana yang telah beberapa tahun muncul di Juara Lagu.

Siti Nurhaliza juga tidak menyangka tiga lagunya berjaya ke peringkat akhir, namun dia berjanji memberikan persembahan yang terbaik di Juara Lagu yang di adakan di Sri Pentas 2, Kota Francais, Shah Alam itu.

Liza Hanim dan Anuar Zain yang muncul kali pertama di Juara Lagu turut mengharapkan tuah menyebelahi mereka, apatah lagi muncul bersaing dengan penyanyi yang telah berpengalaman.

Tahun lalu lagu irama Malaysia mencipta sejarah tersendiri dalam Juara Lagu apabila lagu Ghazal Untuk Rabiah muncul sebagai juara. Itulah kali pertama lagu irama Malaysia dipilih sebagai juara.

Menilai lagu-lagu yang terpilih ke peringkat akhir, kategori irama Malaysia menampakkan persaingan sengit antara lagu Cindai dan Zikir Puteri, kedua-duanya ciptaan Suhaimi.

Namun lagu kategori balada iaitu Getaran Cinta Di Jiwa nyanyian Liza Hanim dan Puncak Kasih mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Lagu-lagu dalam kategori pop rock pula memperlihatkan persaingan sengit antara lagu Bila Resah (Anuar) dan Satu Arah (KOOL) yang lebih menonjol berbanding dua lagu lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.