saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/11/1998

Taman Tema


TAMAN Tema Air Safari Lagoon yang terletak di atas bumbung pusat membeli-belah terbesar di kawasan Segi Tiga Pandan, Kuala Lumpur kini mula dibuka kepada pengunjung.


Orang ramai yang ingin menikmati panorama kehijauan hutan yang dikelilingi unggas dan haiwan di atas bumbung bangunan kini boleh mengunjungi Taman Tema Air Safari Lagoon di Pusat Membeli-Belah Pandan Safari Lagoon, Pandan Perdana, Cheras, Kuala Lumpur.

Mempunyai keluasan kira-kira 0.8 hektar dan merupakan taman tema yang ketiga terbesar di Asia Tenggara.

Taman tema berkonsepkan 'hutan dalam bandar' itu menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan termasuk gelongsor air, kolam ombak dan taman permainan kanak-kanak.

Selain itu, gerai-gerai makanan turut disediakan kepada pengunjung-pengunjung.

Tiket-tiket berharga RM10 dikenakan bagi pengunjung dewasa manakala kanak-kanak dan warga tua dikenakan sebanyak RM6.

Pengunjung-pengunjung juga akan mendapat diskaun sebanyak 40 peratus dari tarikh pembukaan hingga Disember ini.

Taman tema ini dibuka setiap Selasa hingga Jumaat dari pukul 12 tengah hari hingga 8 malam manakala Ahad dan Sabtu dibuka kepada pengunjung dari 11 pagi hingga 9 malam dan ditutup pada hari Isnin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.