saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/11/1998

Lemon T semakin popular

Penerimaan peminat terhadap lagu terbaru nyanyian kumpulan Lemon T berjudul Bunga Cinta Nista membuatkan sambutan terhadap albumnya semakin memberangsangkan.

Lagu ciptaan Eddie Hamid itu dimuatkan di dalam album kompilasi Mekar Sokmo yang memuatkan lagu-lagu terbaru nyanyian Lemon T, Umbrella, U.K's dan Ways.

Pengurus Mekar Production, Nik Anura Nik Abdul Rahman berkata, pihaknya turut menjalankan promosi untuk memastikan album tersebut mendapat tempat di hati peminat.

Di dalam keadaan pasaran yang lembab, mereka yakin album kompilasi mampu menarik minat pendengar kerana menggabungkan lagu-lagu popular.

Lagu Bunga Cinta Nista juga muncul sebagai juara carta lagu popular di tiga stesen radio dan turut berada dalam carta sepuluh lagu popular di seluruh negara.

Nik Anura mengakui keupayaan kumpulan Lemon T membawakan lagu mereka secara langsung dengan baik dalam pertandingan Muzik Muzik peringkat separuh akhir baru-baru ini membuatkan mereka semakin diyakini.

''Selepas kemunculan tersebut Lemon T mendapat banyak tawaran mengadakan persembahan kerana pihak penganjur yakin dengan kemampuan mereka,''ujar Nik Anura lagi.

Ekoran itu pihak Mekar Productions tidak mahu berlengah untuk menghasilkan album kedua kumpulan itu. Namun keadaan pasaran yang lembab membuatkan mereka terpaksa menangguhkan untuk sementara waktu.

Lagu Bunga Cinta Nista dianggap sebagai pengubat rindu peminat sebelum mereka tampil dengan album baru, ujar Nik Anura seterusnya.

Nik Anuara juga menafikan yang syarikat Mekar Production tidak lagi aktif sebaliknya mereka menyusun strategi untuk album yang bakal dipasarkan tahun depan.

Ditanya mengenai kumpulan Umbrella, kata Nik Anura kumpulan itu akan muncul dengan album baru tahun depan.

Mereka juga tidak menggantikan tempat bekas penyanyi utamanya Zarul dengan penyanyi lain sebaliknya pemain keyboard kumpuan itu, Isnin mengambil alih tempat Zarul kerana dia juga mempunyai vokal yang baik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.