saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/11/1998

Spring....10 tahun penuh cabaran

Sepuluh tahun bersama, kumpulan Spring mendedahkan rahsia keutuhan kumpulan mereka adalah dengan berusaha gigih dan sentiasa menanamkan keinginan untuk maju.

Kumpulan ini yang telah bersatu dalam tempoh tersebut juga menganggap kejayaan yang dikecapi ketika ini adalah hasil daripada jerih payah mereka sewaktu memulakan hidup sebagai anak seni.

Mereka menempuh pelbagai dugaan sejak penubuhan pada tahun 1988, malah pernah berdepan dengan perpecahan sebanyak dua kali, iaitu selepas merakamkan album pertama, Sejiwa.

Namun perpecahan tersebut bukan berpunca daripada persengketaan, sebaliknya adalah kerana masa depan dalam dunia seni yang belum menampakkan sinarnya.

Spring berkata demikian dalam sidang akhbar sempena meraikan ulang tahun ke sepuluh mereka dan melancarkan album terbaru, Kerana Budi.

Sempena majlis tersebut, Spring menjemput 'tulang belakang' yang terlibat dalam pembikinan album mereka serta para komposer, penulis lirik, pemuzik yang sama-sama membantu menaikkan nama Spring.

''Bukan mudah untuk kami mengekalkan kumpulan Spring pada awalnya kerana pelbagai masalah. Terutama apabila album pertama Sejiwa tidak begitu mendapat sambutan.

''Tetapi kami menerima nasihat daripada rakan-rakan artis yang memberi tunjuk ajar dalam bidang muzik,'' ujar vokalis Ameng, mewakili rakan-rakannya iaitu Iskandar, MP, Acong dan Zahar.

Iskandar kemudiannya menambah, antara artis yang banyak membantu mereka menghadapi situasi sebagai pemuzik baru ialah penyanyi Aris.

''Ketika dalam studio, kami bertemu dengan Aris. Dia menasihatkan kami, tetapi dengan kata-kata yang 'pedas'. Memang kalau ikutkan hati, kami semuanya geram dengan kata-kata Aris, cuma tak berani nak lawan.

''Maklumlah, siapa Spring pada masa itu. Kami diamkan diri sahaja,'' ujar Iskandar berseloroh.

''Aris bertanyakan kami, selama ini pernah beri duit kepada emak tak? Kami jawab, tak. Dan dia kata, kali ini, kau orang kena cari jalan untuk beri duit kepada emak,'' kata Iskandar.

Tambahnya, kata-kata Aris yang mengandungi seribu makna itu menyejukkan hati yang panas, lantas memberi perangsang dan kesedaran kepada kumpulan itu untuk berusaha gigih.

Justeru itu, walaupun pada awalnya agak kecewa dengan sambutan album pertama, Spring cukup berterima kasih kepada Sony Music yang memberi peluang kepada kumpulan itu untuk merakamkan album kedua.

''Album Spring 2 yang dikeluarkan pada tahun 1991 memuatkan lagu Sampai Hati adalah pembuka kejayaan kepada Spring.

''Kami terhutang budi kepada banyak pihak kerana membantu sehingga mencapai ke tahap hari ini. Tanpa mereka, Spring mungkin tidak sampai ke mana-mana,'' beritahu Ameng.

Sejak lagu Sampai Hati dipopularkan, kumpulan ini terus menempa nama sebagai kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu cinta yang mengasyikkan.

Antara lagu popular nyanyian Spring ialah Bourgenvilla, Butakah Cinta, Sejujur Mana Kata Kata, Sepi Tanpa Cinta dan Romantis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.