saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/12/1998

KRU lancar album di tiga bandar


KUMPULAN KRU


Bukan itu sahaja malah pada hari yang sama klip video lagu The Way We Jam turut disiarkan serentak di empat buah stesen TV tempatan, TV2, TV3, Metrovision dan ntv7 pada pukul 7.55 malam Sabtu lalu.

Pelancaran album Inggeris KRU yang ditaja oleh Pepsi Cola itu telah mendapat sambutan daripada peminat kerana ia merupakan julung-julung kalinya pernah dilakukan oleh artis tempatan.

''Jika sebelum ini pelancaran album biasanya dibuat di hadapan para wartawan tetapi kali ini biarlah ia dibuat di hadapan para peminat pula. Album ini adalah sebagai penghargaan di atas sokongan yang diberi oleh peminat kepada KRU,'' kata Norman selepas pelancaran album itu di pusat beli belah Star Hill di Kuala Lumpur.

Lokasi pertama pelancaran album hari itu ialah di pusat beli belah Angsana di Johor Bahru. KRU yang dianggotai oleh Norman, Yusry dan Edry telah menyampaikan dua buah lagu berjudul The Way We Jam dan For You.

Setelah selesai mengadakan persembahan dan sesi bertemu peminat, KRU diterbangkan pula ke Pulau Pinang.

Pusat beli Midlands Park di Pulau Pinang pula menjadi tumpuan para peminat dan KRU menyampaikan juga dua buah lagu berjudul The Way We Jam dan More Than Forever.

Akhir sekali pada sebelah malamnya pula, pusat beli belah Star Hill di Kuala Lumpur menjadi lokasi terakhir KRU dalam sesi pelancaran album serentak di tiga bandar itu.

Pihak penaja rasmi dalam program itu juga berhasrat untuk mengadakan konsert bergerak KRU di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan pada tahun depan.

''Saya yakin siri konsert yang akan diadakan di lima buah bandar utama yang kami rancang akan mendapat sambutan memandangkan populariti KRU yang merupakan kumpulan muzik remaja yang berpengaruh,'' kata Pengarah Pemasaran Pepsi Cola International (Asia Tenggara), Kenneth Chan.

Bagaimanapun dia enggan memberitahu jumlah kos menaja pelancaran album serta konsert KRU itu.

KRU yang telah mengikat kontrak bersama Pepsi Cola International sehingga hujung tahun depan baru saja menghasilkan album terbaru berjudul The Way We Jam.

Lagu-lagu yang dimuatkan menerusi album itu ialah The Way We Jam, Tribe, Out Of My Mind, Upside Down, Da' Disease, Every Single Minute, Won't Look Back, Wanita Jelita, For You, More Than Forever, Why Must I Feel Like That, Never Ask Too Much, Leave That Girl Alone dan Sweet November.

Oleh: ABD. AZIZ ITAR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.