saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/12/1998

KRU mempersembahkan The Way We Jam


SERIUS... penerbitan album terbaru KRU dilakukan penuh teliti.


Tidak kurang juga yang sering berkata; ''daripada aku buang duit beli album Inggeris penyanyi Malaysia, baik aku beli terus album artis antarabangsa, lagi puas hati.''

Demikianlah antara pandangan masyarakat kita sendiri yang suka memandang serong terhadap hasrat artis tempatan yang ingin mengembangkan bakat seni mereka menerusi album Inggeris.

Terbaru, kumpulan trio adik-beradik KRU yang meneruskan tradisi beberapa artis tempatan yang suatu ketika dulu ghairah untuk muncul dengan album Inggeris seperti Shima dan Ning Baizura.

Muncul dengan album Inggeris tidak bermakna KRU juga mengambil sikap sambil lewa atau tidak serius. Sebaliknya, sebagai sebuah kumpulan muzik yang sudah begitu established di negara ini di samping punya reputasi yang baik dalam industri muzik, mereka berhati-hati serta menitikberatkan elemen yang boleh melabelkan album mereka sebaris dengan album antarabangsa.

Dalam satu pertemuan dengan Pancaindera di kediaman mereka baru-baru ini, Norman, Yusry dan Edry bercerita panjang lebar mengenai 'kelahiran' album Inggeris mereka.

Dalam pertemuan itu juga, ketiga-tiga beradik yang punya bakat seni hebat ini juga memperkatakan, kemunculan produk yang bertaraf antarabangsa ini sebagai menukar pandangan masyarakat yang sering memandang negatif terhadap usaha seperti yang mereka lakukan ini.

''Kami mengambil masa hampir lima tahun untuk merealisasikan hasrat ini. Kami sedar album Inggeris artis Malaysia atau lebih tepat artis Melayu susah untuk dijual kerana minda masyarakat kita selama ini sudah disogokkan dengan produk import.

''Lantaran itu, untuk mengubah pandangan dan selera masyarakat pendengar di sini, kami mengambil risiko yang berat dengan mengimport sebahagian daripada kepakaran dari luar semata-mata untuk puaskan hati pendengar,'' ujar Norman selaku ketua kumpulan itu.

Kepakaran yang dimaksudkan oleh KRU ialah dengan meminta enam buah lagu daripada pencipta muzik terkenal dari Hollywood seperti tiga komposer berpengaruh dunia iaitu Baby Face, Dianne Warren dan David Foster.

KRU juga tidak ketinggalan mendapatkan khidmat komposer berkaliber seperti London Jones, Sean Tricky dan Teddy Riley of Blackstreet. Menurut KRU, dengan adanya enam buah lagu ciptaan 'mat-mat salleh' itu mereka berkeyakinan tinggi bahawa album yang diberi judul The Way We Jam itu bakal mencipta satu sejarah baru bagi industri muzik.

Ditanya sejauh mana KRU yakin bahawa komposer terkenal dunia seperti Baby Face, Dianne Warren dan David Foster bersedia memberikan mereka lagu-lagu terbaik ciptaan mereka kepada KRU sedangkan komposer-komposer itu sendiri tidak mengetahui latar belakang KRU, Norman berkata, dalam hal ini dia dan adik-adiknya bersikap realistik.

''Kami tahu bila minta lagu daripada komposer terbaik dunia sudah tentu mereka sendiri tertanya-tanya siapa KRU ini? Pada awalnya kami sendiri risau bagaimana nanti lagu yang akan mereka berikan kepada kami... adakah lagu yang sudah reject atau lagu yang sudah lama dicipta dan disimpan.

''Bagaimanapun, dalam hal ini kami bernasib baik kerana semenjak beberapa tahun kebelakangan ini kami sudah menjalin hubungan yang baik dengan orang-orang di sekeliling komposer-komposer itu dan itulah kelebihan yang banyak membantu kami,'' ujar Norman sambil disokong oleh Yusry dan Edry yang sekali-sekala turut memberikan pandangan mereka sendiri.

Mengenai lagu-lagu dalam album Inggeris mereka ini yang rata-rata muziknya berkonsepkan irama r&b yang sekali gus seolah-olah menyingkirkan konsep rap yang selama ini menjadi identiti KRU pula, Norman menjelaskan, inilah bermulanya perubahan bagi perniagaan muzik mereka.

Kata Norman, biarpun kebanyakan lagu yang diselitkan berkonsepkan r&b itu tidak bermakna, KRU menyingkirkan konsep muzik yang selama ini menjadi identiti mereka.

''Intipati dalam album Inggeris ini mengambil kira minat dan kecenderungan pasaran muzik. Oleh kerana kami mempunyai hasrat untuk memasarkan album ini ke peringkat yang lebih global, maka pengisian lagu-lagu dalam album ini tertumpu kepada pasaran yang luas di samping mementingkan pasaran Malaysia,'' ujar Yusry pula.

Bagi para peminat KRU dan pembeli setia album Inggeris, kenapa tidak anda mengalih pandangan anda serta menilai sendiri sejauh mana kemampuan trio adik-beradik ini dalam mengembangkan karier seni mereka.

The Way We Jam yang diedarkan oleh syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. (bahagian antarabangsa) memuatkan enam lagu terbaik ciptaan komposer antarabangsa dan lapan buah lagu ciptaan KRU sendiri.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Sweet November (Baby Face), Never Ask Too Much (David Foster), More Than Forever (Dianne Warren), The Way We Jam (KRU), For You (London Jones), Every Single Minute (KRU) dan lain-lain lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.