saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 06/12/1998

Badminton terjejas di Bangkok - Frost

MORTEN Frost Hansen mengakui ketiadaan beregu utama negara, Cheah Soon Kit-Choong Tan Fook pada Sukan Asia XIII di Bangkok, menjejaskan impian besar pasukan badminton negara meraih pingat emas menerusi acara berpasukan lelaki.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu berkata, amat sukar untuk Malaysia mengukir kejayaan itu menerusi acara berkenaan kerana pasangan Soon Kit-Tan Fook sebelum ini adalah sandaran utama negara untuk membantu mengutip mata selain dua pemain perseorangan.

''Dengan tiadanya mereka ini, memang apa yang kita idamkan itu sekarang menjadi agak sukar.

''Acara inilah yang kita pertaruhkan untuk menang emas tetapi apa yang berlaku terhadap pasangan itu sudah ditakdirkan... kita tidak boleh berbuat apa-apa, saya turut kecewa dengan apa yang berlaku,'' katanya.

Menurut Frost, kini tanggungjawab untuk mendapatkan mata menerusi pasangan beregu dipikul oleh gandingan Chan Chong Ming-Jeremy Gan, pasangan muda yang pernah menjuarai Kejohanan Piala Dunia Remaja sebelum ini.

''Kita harap gandingan Chong Ming-Jeremy dapat mengembalikan harapan itu. Kita juga harap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

''Begitu juga dengan pasangan gantian, ini adalah tanggungjawab berat yang mereka galas, kita harap mereka dapat melakukannya,'' kata Frost ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sejurus sebelum berlepas bersama-sama kontinjen badminton negara ke Bangkok, semalam.

Soon Kit yang memenangi perak acara beregu Sukan Komanwel XVI lalu bersama pasangannya, Yap Kim Hock terpaksa digugurkan daripada skuad selepas pasangan barunya, Tan Fook mengalami kecederaan mata kanannya.

Soon Kit-Tan Fook pada mulanya diletakkan sebagai beregu utama tetapi dengan nasib yang menimpa Tan Fook, pasangan itu digantikan oleh pasangan muda Pang Cheh Chang-Cheah Soon Thoe.

Ditanya apakah alasan sebenar Soon Kit digugurkan, Frost berkata: ''Dia tiada pasangan yang sesuai''.

''Kalau ada pun, dia perlu menyesuaikan diri dengan pasangan barunya itu lebih awal tetapi anda pun tahu masa sudah suntuk.''

Soon Kit, 30, yang kecewa dengan penggugurannya pada 23 November lalu bertindak ponteng latihan sehingga dia hampir dikenakan tindakan disiplin lebih keras oleh BAM.

Bagaimanapun, pemain berasal dari Perak yang mula digandingkan dengan Tan Fook pada Terbuka Belanda tahun ini telah meminta maaf dan kata sepakat dicapai antaranya dengan BAM.

Frost berkata, walaupun tanpa gandingan utama itu, pemain yang tinggal dan yang diberikan tanggungjawab selepas itu pasti lebih bersemangat bertarung di Bangkok.

''Saya percaya walaupun kita berlepas ke Bangkok tanpa mereka, kita masih ada pemain yang berwibawa dan boleh diharap menyumbang sesuatu untuk negara,'' tambahnya.

Frost turut mengulangi keyakinannya bahawa pemain perseorangan utama, Yong Hock Kin mampu menyumbang pingat dalam acara individu.

Oleh: JOHARI SHAWAL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.