saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 13/12/1998

Rodziah usahakan nasi lemak delivery

BAGI penggemar nasi lemak kukus, keenakan dan kelazatan nasi lemak tanglin yang terletak berhampiran Masjid Negara pasti tidak luput dari ingatan.

Namun, keenakan dan kelazatan nasi lemak kukus seumpama ini mungkin hanya boleh dinikmati oleh sebilangan kecil warga kota yang bekerja berhampiran dengannya.

Apa pun, hasrat penggemar nasi lemak kukus yang tidak berpeluang menikmati keenakan nasi lemak kukus ini, tidak perlu lagi bersusah payah apabila Mat's Best Home Delivery memulakan operasinya sejak tiga bulan lalu di kawasan USJ Subang Jaya.

Apa yang istimewa, pelanggan di kawasan berhampiran bukan sahaja berpeluang menikmati hidangan di restoran ini, malah boleh membuat tempahan untuk dihantar ke rumah-rumah.

Pengarahnya Rodziah Kassim memberitahu, jika sebelum ini ramai yang beranggapan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah-rumah hanya untuk makanan segera sahaja.

''Sebaliknya kini tidak lagi, kerana kita ingin membuktikan bahawa makanan tempatan juga tidak kurang hebatnya untuk melalui proses yang sama bagi memenuhi kehendak pelanggan,'' katanya.

Ibu kepada enam anak ini memberitahu, perniagaan yang dijalankan bersama suaminya Mejar (B) Mohamed Mohd. Nasir sejak 15 tahun yang lalu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Menurut beliau, keistimewaan nasi lemak kukusnya terletak kepada bagaimana cara ia dimasak.

''Hingga kini, kami masih memasak cara tradisional dengan menggunakan tong kayu bagi mengekalkan aromanya yang membangkit selera,'' katanya.

Apa yang menarik, selain dapat mengekalkan baunya yang menyelerakan, ia juga dapat menjamin kesihatan kerana nasi lemak yang dikukus tidak menyerap banyak santan berbanding nasi lemak yang dimasak dengan cara biasa.

Mengimbas penglibatan awal mereka menjual nasi lemak, mungkin ramai tidak menyangka bahawa mereka hanya bermula berniaga secara kecil-kecilan sebagai penjaja.

Suaminya, Mejar (B) Mohamed Mohd. Nasir tidak menafikan bahawa semasa berkhidmat di Bukit Aman, beliau merupakan salah seorang pelanggan yang begitu menggemari nasi lemak tanglin.

Justeru, tertarik dengan nasi lemak kukus yang dimasak dengan tong kayu, pasangan ini menawarkan diri untuk menjadi pembekal di sekitar Shah Alam.

Berkat kesungguhan mereka, sambutan yang diterima cukup menggalakkan, memaksa mereka melangkah setapak lagi meluaskan perniagaan tersebut dengan membuka cawangan di SS 15 Subang Jaya selama dua tahun.

Setelah menimba pengalaman berniaga di kantin dan warung, akhirnya Mat's Best ditawar menjalankan perniagaan di kantin sekolah di SS 18 Subang Jaya.

Pada peringkat awal mereka hanya mempunyai tiga buah motosikal untuk menghantar nasi lemak, martabak Mat dan nasi beriani gum ke rumah-rumah di kawasan Subang Jaya.

Sambutan yang diterima pada masa itu tidak dapat menampung permintaan. Ia amatlah menggalakkan.

Selain terlibat dengan sistem penghantaran nasi lemak ke rumah-rumah, Mat's Best juga mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan katering.

Mereka juga pernah menguruskan makanan kepada 2,000 hingga 3,000 pekerja syarikat - syarikat ternama seperti Motorola, UMW, Marlboro Racing, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Tractor Malaysia, Rela dan bermacam-macam lagi.

Mat's Best Home Delivery dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 11 malam menawarkan harga RM5.50 untuk setiap tempahan nasi lemak yang dihantar ke rumah dengan harga RM5.50.

Setiap hidangan mengandungi sambal, telur rebus, ikan bilis dan timun dengan bayaran tambahan pelanggan boleh membuat tempahan sampingan seperti sambal sotong, rendang daging, ayam goreng, sambal ikan bali, martabak dan bermacam-macam lagi.

Menurut Rodziah, pihaknya tidak mengehadkan jumlah tempahan yang diminta, bagaimanapun bagi tempahan yang melebihi 20 bungkus, pelanggan dimestikan memaklumkannya sejam lebih awal.

Kawasan penghantaran ke rumah meliputi kawasan Subang Jaya, USJ1 hingga USJ20 dan Seksyen 26, 27 dan 28 di Shah Alam dengan menghubungi talian 03 - 7242525.

Mejar (B) Mohamed Mohd. Nasir juga memberitahu, mereka bercadang untuk meluaskan perniagaan dengan membuka francais pada masa akan datang.

Menurut beliau, dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang perniagaan francais dapat membantu golongan bumiputera yang berminat untuk berniaga. - Oleh Najibah Hassan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.