saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/12/1998

'Istimewa' persembahan terbaru Indigo

BERSAMA semangat baru serta pengalaman yang dikutip selepas hampir setahun melibatkan diri dalam bidang seni, kumpulan Indigo kini muncul dengan cerita terbaru.

Dengan mengambil kira cita rasa dan kehendak peminat muzik tanah air, Indigo yang dianggotai oleh Shah, Shazman, Zam dan Bad kembali dengan album kedua mereka berjudul Istimewa.

Kemunculan mereka kali ini dengan satu matlamat iaitu memastikan kepuasan pencinta muzik Melayu dicapai menerusi produk terbaru mereka.

Justeru untuk memastikan hasrat mereka tercapai, Indigo bekerja keras hampir setahun mengumpul 'halwa telinga' yang dirasakan menepati kehendak peminat seni kini.

''Pengajaran daripada album pertama banyak mengajar kami supaya terus memberikan persembahan terbaik untuk peluang kedua ini.

''Kami tidak mahu peminat merasa kecewa mengeluarkan duit membeli album tetapi hasil yang kami berikan tidak berbaloi dengan pelaburan yang dibuat,'' ujar mereka dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Ditanya adakah kenyataan ini bermakna album pertama mereka gagal memberikan kepuasan kepada pendengar, Indigo menafikan album itu gagal.

Sebaliknya, mereka berpendapat, terdapat beberapa kelemahan dan kesilapan itu sendiri sudah diperbaiki dalam album terbaru mereka.

Menurut Indigo lagi, dalam album Istimewa ini selain menyelitkan sentuhan kumpulan Kru, Indigo juga menampilkan sedikit pembaharuan dengan mendapatkan khidmat daripada penerbit muda Archie.

''Selain itu kami sendiri bertungkus lumus dalam studio untuk mendapatkan suatu hasil yang baik kerana kami sendiri sudah hampir setahun tidak muncul dengan album baru,'' ujar mereka lagi.

Indigo juga tidak menafikan untuk album kedua ini mereka banyak mengambil contoh daripada kejayaan guru mereka Kru.

Kata mereka, kumpulan Kru banyak merangsang aliran muzik yang dibawa mereka.

Istimewa mengandungi beberapa elemen muzik yang boleh dijadikan sebagai pilihan anda sekeluarga.

Terdapat 12 buah lagu terbaik yang dimuatkan dalam album ini. Antaranya Andai Kau Pergi, Percaya Asmara, Kenali Dirimu, Bosan dan banyak lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.