saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 28/12/1998

Ghazali Jawi: Penentang golongan berkuasa di Perak

SAYA mula berkenalan dengan Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi (1924-1982) pada tahun 1963 apabila saya pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat (AS) setelah berkursus politik selama 18 bulan dan bertugas sebagai pegawai khas di Ibu Pejabat Perikatan.

Ketika itu, ibu pejabat tersebut menumpang di tingkat dua, selantai dengan pejabat Setiausaha Agung UMNO, di Bangunan UMNO Lama di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Semasa Ghazali seorang pemimpin UMNO Perak yang berani dan tegas menentang Menteri Besar Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang dan menyokong UMNO pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra tahun 1953, saya masih belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dalam darjah lapan. Usaha gigih Ghazali menghalang Datuk Panglima Bukit Gantang menghancurkan UMNO Perak dan diganti oleh Parti Kebangsaan Perak di bawah pimpinannya telah mendapat pujian tertinggi dari Tunku Abdul Rahman. Ketokohan dan peranan Ghazali dalam sejarah politik dan pentadbiran Perak mengagumkan dan tidak boleh disusut walau siapa pun penulis sejarah Perak kecuali ia sengaja mahu memutarbelitkan fakta sejarah.

Sumbangan terbesarnya kepada kesedaran politik, mengobarkan semangat nasionalisme Melayu dan meletakkan asas yang kukuh bagi UMNO Perak ternyata tidak dapat dinafikan.

Walaupun Ghazali taat kepada Tunku dia juga melihat Tun Razak sebagai pemimpin yang lebih dinamis, nasionalis dan lebih dekat dengan perjuangan rakyat yang tertindas. Boleh jadi itulah yang mengakrabkan kami berdua dan Ghazali jadi orang kuat Tun Razak di Perak.

Ghazali dan penulis dihantar ke Sarawak membantu kempen kemasukan negeri itu ke dalam Malaysia awal 1963. Dari masa itu saya telah ''rasmi'' menjadi ahli UMNO walaupun sebenarnya saya belum lagi menjadi ahli berdaftar. Di Sarawak saya berkenal dengan seorang peguam muda, Abdul Rahman Ya'akub (kini Tun) dan melaluinya dengan cendekiawan-cendekiawan Melayu dan pemimpin Iban, Dayak dan juga Cina termasuk mendiang Tun Temenggong Jugah dan Kalong Ningkan.

Maka bermulalah kegiatan dan penyertaan saya dalam politik Sarawak sehingga saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila Tun Razak kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1976.

Ghazali adalah Menteri Besar pertama dalam sejarah yang dipilih oleh rakyat pada 7 Ogos 1957. Oleh kerana fitnah politik Ghazali telah dihantar menjadi Duta ke Kaherah. Saya masih ingat lagi (waktu itu saya wartawan Straits Times bertugas di Parlimen) seorang ahli pembangkang telah menyoal Tunku apakah kelayakan Ghazali dilantik menjadi Duta. Tunku sambil senyum berkata: ''Ghazali sembahyang lima waktu'' disambut oleh gelak ketawa memecah Dewan.

Tun Razak telah melantiknya Menteri Besar Perak buat kali kedua tahun 1974 kerana ''sebab-sebab tertentu''. Tiada bangkangan terhadap pilihan Razak semasa hayatnya tetapi tentangan terhadap Ghazali bermula apabila Razak kembali ke rahmatullah. Sultan Perak, Sultan Idris, telah memainkan peranan besar hinggalah Perdana Menteri Hussein Onn (waktu itu Datuk) berkenan Ghazali berhenti Oktober 1977.

Ghazali telah kehilangan 'godfather' sebab itu Sultan Idris berani bertindak demikian. Istana Iskandariah telah cuba menghalang Datuk Seri Kamaruddin Isa dari berhenti sebagai Menteri Besar tahun 1974 tetapi gagal kerana Pejabat Perdana Menteri waktu itu tegas bahawa Raja Berperlembagaan wajib menerima nasihat parti.

Cerita tentang Ghazali kembali ke Perak kali kedua dan kenapa Kamaruddin di bawa ke Kuala Lumpur amat seronok. Setiausaha Kerajaan Perak masa itu, Datuk Ishak Tadin (kini Tan Sri) ada peranan dalam perpindahan Kamaruddin ke Kuala Lumpur. Ishak telah memberi bantal kepada orang mengantuk di Jalan Datuk Onn.

Ghazali adalah seorang wira Perak dan negara. Tunku pernah memberi tahu saya bahawa Ghazali lebih layak disemadikan di Masjid Negara daripada dua tiga orang yang dikebumikan di situ (Tunku memberi dua nama kepada penulis) Tunku amat menghargai jasa Ghazali.

Razak juga amat menyayangi Ghazali kerana taat setianya yang tidak berbelah bagi kepadanya. Peranan Ghazali dalam pemilihan Majlis Tertinggi 1975 berkesan di Perak yang membawa kemenangan kepada tiga calon yang direstui oleh Razak - peringkat Naib Presiden - iaitu Ghafar Baba, Tengku Razaleigh dan Dr. Mahathir.

* Datuk Abdullah Ahmad ialah Wakil Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.