saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/01/1999

Elda Susanti sedih penyanyi muda tidak kekal lama


ELDA SUSANTI... mahu gunakan kesempatan sebaik mungkin.


APABILA menyebut sahaja nama Elda Susanti, pastinya ramai yang menyangka insan yang memiliki nama itu pasti 'orang seberang'.

Ini adalah kerana namanya begitu sinonim sekali bagi rakyat Indonesia.

Bagaimanapun telahan anda sememangnya tidak silap. Ini kerana penyanyi dangdut remaja itu sememangnya mewarisi darah keturunan Riau di sebelah ibunya.

Berusia 16 tahun, Elda barangkali bukan suatu nama yang asing bagi peminat setia dunia seni tanah air.

Kira-kira setahun lalu, dia muncul mewarnai persada seni tanah air berbekalkan lagu dangdutnya yang popular Yang Kusayang.

Lagu itu cukup memperkenalkan namanya sebagai salah seorang artis remaja yang punya potensi cukup cemerlang pada masa depan.

Namun, sangkaan segelintir masyarakat dan Elda sendiri meleset sama sekali. Dia tidak berpeluang untuk menikmati populariti sehebat yang dicapai oleh teman seangkatannya seperti Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia mula bersikap negatif dalam memikirkan perjalanan seninya.

''Kecewa? Tidak pula. Mungkin belum rezeki saya untuk sampai ke tahap seperti yang dicapai oleh Siti Nurhaliza.

''Saya percaya kemungkinan perkara ini berlaku kerana saya masih di bangku sekolah dan tidak punya banyak masa untuk bersama peminat,'' jawabnya ketika ditanya sama ada dia tidak resah memikirkan soal popularitinya yang agak pudar berbanding artis lain.

Elda, penuntut tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di ibu negara juga menjelaskan, sebagai artis muda dia lebih senang mencari pengalaman dahulu berbanding mengejar 'populariti'. Katanya, mungkin pandangannya ini berbeza dengan artis lain tetapi sebagai artis remaja dia percaya masa untuknya meraih title artis paling popular akan tiba juga suatu hari nanti.

Elda yang peramah dan mesra melayan pertanyaan penulis berkata, sebagai artis yang diberi peluang lebih awal untuk menjadi penyanyi dia mahu menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin.

"Kesempatan yang saya miliki sekarang ini digunakan untuk melihat bagaimana artis senior bekerja. Saya boleh melihat dengan mata saya sendiri perniagaan dunia seni yang sering dikatakan satu cabaran.

"Kiranya inilah aset yang paling berharga buat saya untuk dijadikan landasan pada masa depan,'' ujar Elda yang kini tampil dengan album keduanya berjudul Semakin Sayang bersama syarikat rakaman barunya, Polygram Records.

Meminati biduanita unggul Sharifah Aini dan penghibur terkemuka Allahyarham Sudirman, Elda dalam pertemuan itu turut menyuarakan hasrat hatinya agar para peminat seni akan memberi peluang kepadanya untuk bertahan lama.

Menurutnya, berdasarkan sejarah lampau dunia seni dia sering melihat artis muda jarang yang dapat bertahan lama.

''Ini yang saya sering risaukan kerana kerja menyanyi yang saya lakukan sebagai menambah sebahagian pendapatan keluarga. Lantaran itu sokongan peminat amat saya hargai,'' ujarnya penuh sopan sebelum mengakhiri perbualan. - Oleh Saharudin Musthafa

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.