saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 06/01/1999

Bekas pemain Kelantan minta gaji tertunggak

SERAMAI 23 bekas pemain Kelantan musim lepas meminta pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang baru melangsaikan gaji tertunggak sebanyak empat bulan bagi membolehkan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Seorang jurucakap bekas pemain itu berkata, walaupun pihak pengurusan baru telah mengambil alih tugas memimpin persatuan, mereka juga perlu menjaga kebajikan pemain yang bergantung hidup kepada bola sepak.

''Kita minta sedikit habuan untuk menyambut Aidilfitri kerana wang simpanan kami sudah kekeringan walaupun kita tahu pengurusan baru tidak kena mengena dengan masalah ini, '' katanya.

Difahamkan semua bekas pemain termasuk pemain import gagal mendapatkan gaji yang tertunggak sejak empat bulan lepas kerana pihak pengurusan lama mengalami kerugian kerana kutipan tiket yang kurang memuaskan.

Beliau juga berkata, kegagalan pihak pengurusan melunaskan pembayaran menyebabkan beberapa bekas pemain memilih negeri lain untuk diwakili musim ini.

Katanya, antara pemain yang mungkin meninggalkan Kelantan musim ini ialah Wan Rohaimi Ismail dan dua pemain tengah, Alif Rohaimi Azihan dan Tuan Rosli Tuan Mat yang akan ke Pahang, bekas penyerang Olimpik 2000, Nafuzi Zain ke Terengganu, Wong Kah Loon dan Badrisham Kadir ke Pulau Pinang, manakala Tuan Kamree Tuan Yahya dan Adnan Mohd Zain ke Negeri Sembilan.

Beliau berkata, penghijrahan beramai-ramai itu mungkin diikuti sebilangan kecil pemain yang masih tinggal seperti Hashim Mustapa, Zahasmi Ismail, Halim Napi, Zulkifli Abdullah, Mohd Akmal Tabrani, Saifulnizam Hussain, Azuan Othman dan beberapa pemain lagi.

Menurutnya, Kafa perlu membuat perubahan segera bagi mengemaskini barisan pemain agar tidak kelewatan memanggil pemain berkaliber bagi mewakili skuad Kijang musim ini.

Saya yakin jika pihak pengurusan gagal memanggil pemain yang berpengalaman untuk menggantikan tiga pemain import musim lepas, pasukan Kelantan akan gagal, katanya. - Bernama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.