saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/01/1999

Kelalaian manusia punca tragedi bot

MELAKA 6 Jan. - Tragedi bot karam di perairan Pulau Besar yang mengorbankan 15 penumpang tahun lalu adalah disebabkan oleh kelalaian manusia sendiri kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Laporan hasil kajian mengenai tragedi tersebut yang berlaku pada 18 Oktober lalu itu telah dibentang dan dibincangkan pada mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Selain laporan itu, mesyuarat Exco juga menerima beberapa cadangan dan perakuan yang dibuat oleh jawatankuasa yang menyediakan laporan kajian itu untuk mempertingkatkan peraturan dan undang-undang berkaitan dengan operasi bot.

Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin berkata, laporan itu mendapati tragedi itu berlaku disebabkan oleh muatan berlebihan, bot yang tidak sepatutnya digunakan untuk mengangkut penumpang, cuaca buruk ketika kejadian dan tiada kesedaran keselamatan oleh jurumudi dan penumpang.

''Tragedi ini juga berlaku disebabkan kegagalan pihak tertentu mematuhi Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 serta peraturan-peraturan di bawahnya,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Seri Negeri di sini.

Menurutnya, antara peraturan yang didapati tidak dipatuhi ialah membawa penumpang melebihi had, membawa penumpang tanpa kebenaran atau tidak menyediakan jaket keselamatan yang mencukupi dan pemandu tidak mempunyai sijil kelayakan mengendalikan bot yang sah.

Dalam tragedi yang berlaku pada tengah malam 18 Oktober itu, sebanyak 15 orang, kebanyakan pekerja Pandanusa Island Resort di pusat peranginan Pulau Besar di sini mati lemas setelah bot yang mereka naiki karam dipukul ombak.

Berikutan kejadian itu, kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa mengkaji sebab-sebab tragedi bot karam di perairan berhampiran Pulau Besar Melaka dan operasi bot-bot di seluruh negeri Melaka.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Aziz Omar dan dianggotai oleh wakil daripada jabatan-jabatan dan agensi berkaitan.

Katanya, jawatankuasa itu turut mengesyorkan beberapa langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan untuk mengelak kejadian yang sama daripada berulang lagi.

Menurutnya, antara cadangan tersebut ialah mengkaji semula peraturan mewajibkan setiap bot penumpang mempunyai jaket keselamatan yang mencukupi tetapi tidak mewajibkan setiap penumpang memakai jaket keselamatan.

Katanya, pihak berkuasa juga perlu mengadakan pemeriksaan yang lebih kerap ke atas bot penumpang dan nelayan bagi menentukan langkah-langkah keselamatan dipatuhi oleh semua pihak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.